Sunday, 14 February 2016

PENGLIBATAN KELUARGA

Terdapat beberapa pandangan berhubung dengan perkembangan kanak-kanak dan tingkah lakunya. Setiap kanak-kanak mempunyai perbezaan perkembangan dan tingkah lakunya. Keadaan ini dipengaruhi oleh persekitaran yang berkaitan dengan sangkutan, autonomi, inisiatif dan kendiri. Pendidik perlu memahami dan melihat kanak-kanak di institusi tadika daripada berberapa sudut untuk menangani permasalahan yang dihadapi oleh kanak-kanak. Kefahaman ini akan membantu melaksanakan program pendidikan awal kanak-kanak dengan lebih berkesan.

SANGKUTAN

Definisi Sangkutan
Terdapat beberapa definisi sangkutan atau perapatan berdasarkan beberapa orang ahli teori ethologi. Kajian ethologi adalah kajian yang berhubung dengan tingkah laku manusia dan haiwan dalam keadaan semulajadi. Berikut adalah pandangan dan definisi sangkutan menurut tokoh-tokoh ahli ethologi.

(a) Lorenz melalui pemerhatiannya mengkaji ke atas corak tingkah laku sekumpulan anak angsa. Beliau merumuskan bahawa kita tidak akan memahami kanak-kanak kalau kita tidak memerhatikan tingkah lakunya dalam persekitaran semula jadi mereka.

(b) John Bowlby telah meneruskan kajian Lorenz. Beliau menyatakan bahawa kanak-kanak kecil membentuk sangkutan dan perapatan emosi yang intim kepada ibu bapa atau orang dewasa yang menggantikan ibu bapa sebenar.
Bowlby mendefinisikan tingkah laku sangkutan sebagai apa jua tingkah laku yang menolong merapatkan hubungan bayi dengan individu sangkutan tersebut. Sangkutan juga boleh dimaksudkan sebagai hubungan rapat dan mesra yang mewujudkan kasih sayang yang kuat dan mengikat seseorang dengan yang lain.

(c) Hubungan sangkutan yang kuat dan tinggi semasa kecil akan memberi kesan sepanjang kehidupan individu berbanding dengan hubungan sangkutan yang lemah. Kesannya adalah seperti berikut:
(i) Mempunyai harga diri yang tinggi
(ii) Merasa lebih diterima oleh keluarga
(iii) Merasa lebih diterima oleh rakan sebaya
(iv) Merasa lebih diterima oleh masyarakat

Contohnya seorang anak yang terlalu rapat dengan ibunya akan mengalami kesukaran berpisah dengan ibu terutama apabila ingin dihantar ke TADIKA.

Karenah dan Sangkutan
Sangkutan melibatkan hubungan anak dengan ibu bapa, ahli keluarga ,adik beradik dan datuk nenek. Kanak-kanak yang terikat dengan sangkutan ibu bapa yang kuat mengalami kesukaran untuk berjauhan buat beberapa ketika. Mereka yang kuat sangkutan akan mengalami gangguan emosi tingkah laku berkerenah. Contohnya anak yang dipelihara oleh datuk dan nenek sejak kecil kemudian diambil oleh ibu bapanya akan mengalami tekanan emosi. Untuk mengatasi masalah ini, pertemuan yang kerap akan mengurangkan kesunyian yang dialami oleh kedua pihak.
Peristiwa yang lain seperti masalah rumah tangga, perpisahan di kalangan ibu bapa, kematian, tinggal berjauhan adalah gangguan yang sering terjadi dan menimbulkan masalah dalam sangkutan. Sangkutan yang melampau menyebabkan kanak-kanak suka merajuk, memencilkan diri atau mengheret ibunya menemaninya ke sekolah. Ini meyebabkan sesetengah ibu bapa terpaksa berhenti kerja demi menemankan anak-anak di sekolah.

Ciri-ciri Pembentukan Sangkutan
Pembentukan sangkutan adalah berpunca daripada pelbagai pihak. Sangkutan mengikut keperluan masing-masing. Sangkutan sangat penting untuk membina tingkah laku yang diingini. Pembentukan sangkutan kanak-kanak perlu perhatian, tetapi perhatian berlebihan akan mendatangkan kesan buruk iaitu kanak-kanak tidak dapat berdikari dan menyusahkan orang lain.
Antara pembentukan sangkutan yang positif adalah seperti berikut:

(a) Kanak-kanak perlu diberitahu tentang peranannya sebagai anak dan apakah yang patut dilakukan. Contohnya tentang menguruskan diri dan menjaga kebersihan. Kanak-kanak perlu makan sendiri kalau sudah boleh berbuat demikian. Kanak-kanak hendaklah menepati waktu pergi sekolah dan balik ke rumah apabila selesai hari persekolahan.

(b) Latihan modifikasi tingkah laku boleh menolong kanak-kanak mengurangkan sangkutan yang keterlaluan agar kanak-kanak dapat menyesuaikan diri di kalangan rakan-rakan sebaya di TADIKA atau di persekitaran

(a) Ciri-ciri pembentukan sangkutan

(i) Ibu kepada bayi yang membentuk sangkutan yang selamat akan lebih responsif kepada keperluan bayi semasa 3 bulan pertama. Contohnya: Ibu dengan cepat memujuk bayi apabila bayi menangis, memberi makan kepada bayi bila menjangkakan bayi itu lapar.
(ii) Ibu bersikap konsisten dalam bertindak balas kepada keperluan bayi.
(iii) Ibu bapa biasanya akan menyesuaikan tingkah laku mereka dengan mengambil kira reaksi dan kerenah bayi.
(iv) Sangkutan yang tidak selamat timbul apabila ibu gagal menyediakan keprihatinan yang sensitif dan responsif terhadap keperluan dan harapan bayi.

Bolwlby berpendapat bahawa semua bayi telah bersedia secara biologi untuk membentuk sangkutan yang selamat dengan ibu yang sensitif dan responsif kepada keperluan mereka.
(b) Prinsip-prinsip Pembentukan Sangkutan
Teori Etologi sangkutan oleh Bowlby menggariskan prinsip-prinsip sangkutan seperti berikut:
(i) Tingkah laku sangkutan di kalangan bayi adalah merupakan tingkah laku yang berdasarkan kepada tingkah laku naluri dan evolusi manusia yang telah diprogramkan secara semula jadi.
(ii) Sangkutan di kalangan manusia tidak hanya bergantung kepada keperluan bayi untuk makan atau menyusu semata-mata.
(iii) Bayi membentuk sangkutan dengan orang-orang yang berinteraksi dengan mereka secara kerap.
(iv) Di kalangan manusia kehidupan tahun pertama adalah masa yang paling kritikal dalam pemebentukan sangkutan.
(v) Bayi akan lebih membentuk tingkah laku sangkutan terhadap seorang manusia iaitu ibu, kerana ibu lebih berpengaruh.
(vi) Semasa tiga tahun pertama seorang bayi sangkutan membina hubungan dua hala antara ibu dengan anak.
(vii) Apabila anak membentuk sangkutan dengan ibu beliau akan membentuk model bekerja dalaman mengikut ibu mereka.
(viii) Sangkutan anak-anak dengan ibu berbeza dari segi keselamatan Bayi membentuk sangkutan yang selamat sekiranya ibu bertindak balas kepada keperluan mereka.
(ix) Sangkutan yang selamat membentuk kesan yang positif terhadap perkembangan hidup bayi.

AUTONOMI

Definisi Autonomi

Mengikut Teori Erikson, tahap perkembangan manusia bermula pada umur 18 bulan hingga 3 tahun. Perkembangan pada peringkat ini adalah berdasarkan konflik yang wujud dalam diri kanak-kanak iaitu autonomi lawan rasa malu atau sangsi. Pada peringkat ini kanak-kanak perlahan-lahan mula memahami bahawa mereka boleh mengawal tindakannya.Ini bermakna kanak-kanak sudah mempunyai autonomi ke atas diri mereka. Menerusi kefahaman ini, dapat autonomi bermaksud kanak-kanak pada peringkat usia 18 bulan hingga 3 tahun berusaha menunjukkan autonomi untuk berdikari daripada orang dewasa atau orang lain yang sebaya dengannya. Walau bagaimanapun semasa kanak-kanak hendak mendapatkan autonomi, mereka mengalami perasaan sangsi sama ada boleh menangani situasi. Mereka rasa malu jika gagal menangani sesuatu tindakan. Campuran autonomi, malu dan sangsi memberikan satu kekuatan kepada kanak-kanak bahawa mereka boleh bertindak ke atas dunia dengan kekuatan sendiri.

Menangani Isu Pengawalan

Konsep pengawalan adalah sistem kawalan yang digunakan oleh ibu bapa dalam mengawal tingkah laku anak. Selalunya ibu bapa menggunakan perkataan Âjangan...jangan...Ê Ibu bapa kurang memberi alasan kenapa tidak boleh melakukan sesuatu tindakan secara rasional. Alasan yang diberi lebih kepada ugutan dan menakut-nakutkan kanak-kanak. Ini menyebabkan kanak-kanak kurang yakin kepada diri sendiri dan bergantung kepada orang lain dan kurang berdikari. Ini bermakna kanak-kanak tidak mencapai autonomi. Isu pengawalan adalah permulaan modifikasi tingkah laku terhadap kanak-kanak.

Bandura (1988) berpendapat kanak-kanak suka meniru perbuatan yang dilakukan oleh orang dewasa. Kanak-kanak akan membuat pemerhatian yang berulang-ulang dan memperoleh maklumat sama ada perbuatan yang ditiru mendapat sambutan atau teguran dan tegahan daripada orang dewasa.

Contohnya perbuatan bersalaman akan menimbulkan keserasian dan membentuk tabiat kepadanya, maka kanak-kanak akan bersalaman apabila diminta berbuat demikian berbanding dengan kanak-kanak yang kurang selesa untuk bersalaman.
  
Menangani Pengekalan

Dalam mengekalkan tingkah laku positif dan autonomi, beberapa langkah boleh diambil oleh orang dewasa dalam membantu kanak-kanak mengekalkan autonomi terhadap diri mereka.
(a) Terdapat ibu bapa yang memberi hadiah dan ganjaran yang setimpal dengan tingkah laku anak dan ini adalah perbuatan yang menggalakkan. Ini dapat menolong mereka mengekalkan tingkah laku positif. Konsep kendiri banyak mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak ke arah penyesuaian diri. Ini termasuk penghargaan kendiri, penerimaan dan penolakan diri. Jika sesaorang kanak-kanak merasai kurang penerimaan daripada orang yang berinteraksi dengannya, maka dia akan mengalami perasaan penolakan diri. Perasaan ini akan membawa kesan negatif dalam usahanya mengatasi masalah hidup yang dihadapinya.

(b) Kanak-kanak yang dapat mengekalkan penghargaan kendiri yang tinggi mempunyai sikap yang positif, sanggup berusaha hingga dapat menyempurnakan tugasannya, dapat menyerlahkan bakat dan kebolehannya. Kanak-kanak yang mempunyai konsep kendiri yang sederhana, mempunyai rasa curiga dan ragu-ragu dalam mengambil keputusan yang tepat. Manakala kanak-kanak yang mempunyai konsep kendiri yang rendah biasanya bersikap rendah diri, curiga, tidak mampu membuat keputusan, tidak dapat berinteraksi dengan berkesan, dan sering melepaskan diri dari bersikap kurang yakin kepada kebolehan diri sendiri. Kanak-kanak yang memberi banyak alasan untuk menolak tugasan telah mempamerkan tindakan atau taktik yang menunjukkan mereka mempunyai konsep kendiri yang rendah dan banyak alasan.

(c) Dalam pengekalan tingkah laku yang positif guru perlu memberi perhatian yang sewajarnya seperti dorongan dan sokongan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Terdapat banyak aktiviti yang boleh mengekalkan tingkah laku positif. Perkara yang utama perlu dilakukan oleh guru ialah memberi pengalaman kepada dan menikmati pengalaman kejayaan bersama kepada kanak-kanak. Guru memberi peluang kepada kanak-kanak menjadi pemimpin atau mengambil bahagian dalam aktiviti seperti main peranan, simulasi, permainan dalam kumpulan dan sebagainya.

(d) Semua kanak-kanak perlu merasa bangga terhadap diri mereka dan keluarganya. Mereka perlu merasai dirinya dihargai dan merasa berkebolehan dan dapat mencapai sesuatu. Mereka perlu merasa selamat dan yakin kepada diri sendiri.

INISIATIF
Definisi Inisiatif
Perkataan inisiatif bermakna bercita-cita dan bersemangat. Ini menunjukkan kanak-kanak mempunyai tujuan untuk hidup. Kanak-kanak tidak sabar melakukan tugasan baru, menyertai aktiviti bersama rakan sebaya dan menjumpai apa mereka boleh lakukan dengan pertolongan orang dewasa.

Perkembangan Konflik

Kanak-kanak selalu berada dalam suasana konflik. Contohnya berebut barang mainan dan tidak mahu berkongsi dengan kawan. Suasana begini selalu berlaku di prasekolah. Keadaan ini melahirkan konflik di kalangan kanak-kanak. Apabila konflik berlaku guru perlu mengelakkan diri daripada terburu-buru membuat keputusan dan menghukum dengan menjelaskan siapa yang salah dan siapa yang benar atau menyalahkan sesiapa. Guru hanya perlu mendengar keterangan yang mereka berikan. Mereka yang menyelesaikan konflik dengan cara yang terbaik untuk menangani situasi konflik tersebut.

Panduan guru dalam menghadapi konflik adalah seperti berikut:
(a) Mendengar kanak-kanak bercerita
(b) Berterima kasih kerana memberitahu apa yang berlaku
(c) Jangan menyalahkan kanak-kanak
(d) Bertanyakan perasaan kanak-kanak sekiranya sesuatu perkara itu berlaku pada dirinya sendiri
(e) Bertanyakan kepada kanak-kanak perkara yang patut dibuat supaya kawannya rasa seronok.
(f) Ikut apa yang telah dipersetujui untuk menamatkan konflik.

Kanak-kanak akan belajar cara menghormati hak orang lain dan menjaga maruah orang lain. Guru hendaklah memberi peluang kanak-kanak menguruskan konflik dengan cara yang terbaik. Di samping itu guru hendaklah menolong kanak-kanak mengurangkan konflik dan membina kemahiran persahabatan. Berikut adalah cara-cara membina persahabatan:

(a) Mengajak kawan-kawan bermain bersama
(b) Berkongsi alat permaian dan barang-barang
(c) Berbual-bual
(c) Menawarkan pertolongan
(d) Bertukar alat mainan
(e) Mendengar kawan membaca buku cerita
(f) Membuat apa yang dibuat oleh kawan

Peranan Persekitaran

Keluarga memainkan peranan penting dalam masyarakat. Setiap masyarakat mengawal tingkah laku seksual ahli-ahlinya. Di antara fungsi keluarga dalam masyarakat adalah seperti berikut:
(a) kawalan tingkah laku seksual
(b) mensosialisasikan anak
(c) memberi sokongan emosi
(d) mengenakan kawalan sosial
(e) memberi jagaan terhadap anak
(f) memberi kerjasama ekonomi
Anak-anak bergantung sepenuhnya kepada kedua ibu bapa mereka untuk mendapatkan makanan, minuman, perlindungan dan kasih sayang. Mereka mudah dipengaruhi. Peranan keluarga adalah menyalurkan budaya, seperti nilai, norma, kepercayaan, sikap dan juga bahasa. Memang ada agen sosialisasi lain seperti rakan sebaya, sekolah, media massa. Walau bagaimanapun keluarga adalah agen sosialisasi yang pertama dan paling berpengaruh dalam pembentukan tingkah laku kanak-kanak.

Aplikasi Inisiatif Kanak-kanak

Kanak-kanak mengaplikasi inisiatif dengan sokongan emosi daripada orang-orang di persekitarannya seperti ibu bapa, adik beradik dan rakan sebaya. Contohnya kanak-kanak menunjukkan inisiatif melalui aktiviti bermain. Semasa bermain mereka mencuba kemahiran baru menerusi kegagalan, teguran dan bimbingan orang di persekitarannya. Kanak-kanak bukan sahaja memerlukan persahabatan, sangkutan tetapi juga kasih sayang bagi perkembangan yang normal.

KENDIRI

Definisi Kendiri
Kendiri adalah konsep merujuk kepada fikiran, perasaan dan sikap terhadap diri. Sukar untuk menentukan bila kanak-kanak mula memahami kewujudan mereka. Mengukur kesedaran kanak-kanak pula bukan mudah. Kita tidak dapat bertanya kanak-kanak berumur tiga tahun dengan menyoal, „Bila kamu sedar yang kamu wujud di dunia ini?‰ Tentunya soalan sebegini sukar dijawab oleh kanak-kanak. Kita memerlukan pendekatan secara tidak langsung. Contohnya menyuruh kanak-kanak melihat cermin. Apabila ia menyentuh hidungnya setelah melihat muka di cermin maka kita sedar bahawa kanak-kanak tahu yang itu adalah rupanya. Ini menunjukkan kanak-kanak mula membina konsep tentang diri mereka. Seterusnya kanak-kanak mula membina kesedaran kendiri iaitu sedar tentang kewujudan diri mereka. Apabila dia sedar tentang kewujudan mereka, kanak-kanak mula memperoleh konsep kendiri dan mula bertanya siapa diri mereka dan ingin mendefinisi diri mereka. Kanak-kanak yang mula menyedari konsep diri mereka akan mengatakan „Ini saya punya„. Mereka juga boleh menjawab soalan tentang nama mereka, siapa ibu dan bapa serta di mana mereka tinggal.

Konsep Kendiri Positif dan Negatif

Konsep kendiri yang positif adalah pandangan tentang diri yang positif. Contohnya “saya rajin”, “saya pandai”,  “Rambut saya cantik” dan seumpamanya. Konsep kendiri yang negatif ialah pandangan yang terlalu kritikal terhadap diri hingga menyebabkan tidak yakin pada diri sendiri. Ini menyebabkan kekecewaan dan kegagalan sebelum mencuba sesuatu. Sifat gembira kalau orang lain ditimpa bencana dan suka memutuskan silatulrahim adalah konsep kendiri yang akan menyebabkan kanak-kanak itu tersingkir dan dipencilkan oleh rakan rakan sebayanya. Kesimpulannya konsep kendiri positif dan negatif adalah sikap kanak-kanak terhadap diri mereka sama ada positif atau negative.

Persekitaran Peningkatan Kendiri

Persekitaran memainkan peranan penting dalam peningkatan kendiri. Persekitaran seperti didikan agama, budaya keluarga, rumah, rakan sebaya, sekolah, jiran tetangga, saudara mara dan harapan guru boleh memberi implikasi kepada konsep kendiri. Kasih sayang dan penerimaan orang lain daripada persekitaran boleh mengubah konsep kendiri seseorang kanak-kanak. Kekuatan konsep kendiri bergantung kepada bagaimana seseorang bertindak balas kepada elemen-elemen persekitaran.

Kanak-kanak yang dididik dengan kasih sayang dan sempurna akan membentuk pandangan positif tentang diri, begitu juga sebaliknya.

Aplikasi Kendiri Kanak-kanak
Sungguhpun taraf mental kanak-kanak telah ditentukan semenjak di dalam kandungan lagi kita tidak boleh berserah sahaja kepada takdir tanpa berusaha untuk mempengaruhi konsep kendiri kanak-kanak. Kendiri kanak-kanak ibarat pokok yang tumbuh perlu dibaja dan disirami air. Begitulah juga keadaannya dengan konsep kendiri. Ini bermakna kita perlu menjalankan tanggungjawab iaitu apakah langkah yang perlu diambil untuk meningkatkan konsep kendiri kanak-kanak berdasarkan perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak berkembang dari aspek fizikal, emosi, rohani, sosial dan kognitif. Kanak-kanak adalah pelajar yang aktif, sentiasa ingin tahu dan ingin melakukan sesuatu tanpa menyedari risiko. Menurut Froebel, kerja kanak-kanak adalah bermain. Dalam membina strategi dan langkah-langkah untuk meningkatkan konsep kendiri kanak-kanak perlu berdasarkan perkembangan bermain tersebut.

Hasil kajian menunjukkan terdapat perkaitan sikap ibu terhadap anak dalam menerima kehadiran anak, maka anak lebih cenderung untuk mesra dengan keluarga dan orang lain.

·         Kanak-kanak yang suka menangis dan susah diberi makan ada kaitannya dengan ibu yang risau dan runsing ketika mengandung.
·         Penghargaan terhadap anak seperti memberi kata manis dan kata pujian boleh meningkatkan rasa senang dan keriangan kepada kanak-kanak.
·         Keluarga yang stabil memberi ruang kepada kanak-kanak untuk membesar dan mengenali kehidupan yang lebih bermakna daripada kanak-kanak yang tinggal dengan ibu tunggal dan hidup yang kekurangan.
·         Peranan ibu bapa dan guru sangat penting dalam aplikasi kendiri kanak-kanak. Penerimaan orang dewasa terhadap kanak-kanak adalah aplikasi kendiri kanak-kanak yang utama. Ibu bapa perlu menerima kehadiran kanak-kanak dalam keluarganya.
·         Guru perlu menerima kanak-kanak yang berada dalam kelasnya. Guru sendiri menerima dirinya sebagai seorang guru prasekolah yang mempunyai kualiti untuk membantu kanak-kanak memperkembangkan potensinya ke tahap maksimum

Senarai kualiti konsep kendiri yang positif yang perlu ada pada seorang guru yang boleh diaplikasi kepada kanak-kanak adalah seperti berikut:
·         Kasih sayang untuk kanak-kanak
·         Dedikasi untuk mengajar
·         Kebolehan menyempurnakan tugas hingga selesai
·         Kebolehan menjalin hubungan yang rapat dengan kanak-kanak
·         Menguruskan unsur jenaka dengan baik dan sopan.

Senarai kualiti yang hendak dipertingkatkan oleh guru terhadap kanak-kanak adalah seperti berikut:
·      Mempunyai keyakinan yang tinggi dan percaya yang anda boleh menyempurnakan   
     tanggungjawab dalam kerjaya dengan betul
·      Mempunyai kemahiran mengurus kanak-kanak
·      Boleh mengawal perasaan marah
·      Mengeluarkan bunyi suara yang lunak dan mesra
·      Keupayaan menyanyi dengan selesa di hadapan kanak-kanak.
·      Anda hendaklah menerima kanak-kanak yang ada dalam kelas anda tanpa syarat. Anda tidak menerima kanak-kanak yang comot, gemuk, dan agresif?
Anda perlu buang jauh-jauh perasaan anda itu.

(a) Harapan Guru

(i) Ini bermakna guru memainkan peranan penting dalam memupuk kendiri kanak-kanak. Guru berinteraksi dengan kanak-kanak setiap hari. Guru yang membentuk kumpulan kecil dan memberi arahan yang jelas, menyatakan peraturan kumpulan ketika bermain, guru
yang mendemonstrasi adab-adab yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak dalam interaksi dan cara􀄃cara bertegur sapa dengan kanak-kanak lain dan orang dewasa. Guru memberi ruang untuk kanak-kanak mencetuskan idea dan mengutamakan pengalaman mereka seharian.

(ii) Strategi berpusatkan pelajar perlu diutamakan. Pendekatan guru kepada pendekatan konstruktif, kontekstual dan projek dari ekposisi. Guru memberi galakan kepada kanak-kanak mencuba dan meneroka dunia mereka dengan aktiviti yang sesuai dengan minat dan perkembangan mereka.
(iii) Guru perlu memberi penghargaan kendiri, meningkatkan penerimaan dan mengurangkan penolakan diri.
(iv) Guru menyediakan aktiviti seperti berikut:

·           Menyediakan alat permainan yang boleh dikongsi dan bermain bersama-sama.
·           Alat bermain yang mudah tetapi menarik dan seronok.
·           Galakkan kanak-kanak menyesuaikan diri dalam situasi harian seperti main pondok-pondok, jual beli, jamuan majlis hari jadi, hari perayaan dan lain-lain.

(v) Kanak-kanak memerlukan ibu bapa, rakan sebaya dan orang dewasa untuk berkomunikasi. Kanak-kanak akan membentuk kebolehan untuk lebih memahami dunia di sekeliling mereka secara menyeluruh. Kanak-kanak belajar daripada orang lain dan bagaimana bertindak mengikut keperluan dan kefahaman secara berterusan. Kanak􀄃kanak selalu bertanya dan menyelesaikan tugasan yang mudah seperti mengurus diri, cara adab 5 makan, adab bertemu orang tua, cara bercakap, cara bermain dan belajar tentang menulis membaca dan mengira.



RUJUKAN:
Hamilton, D.S., & Flemming, B.M. (1977). Resources for Creative Teaching in Early       
              Childhood Education. New York: Harcourt Brace Jovanovich, Inc
Edgington, M. (2004). The Foundation Stage Teacher In Action Teaching 3, 4 And 5 Year-
              Olds. UK: Paul Chapman Publishing.
Kail, R.V., & Cavanaugh, J.C. (2000). Human Development. A Lifespan View. USA: Wadsworth Thomson.


http://www.scribd.com/doc/36748453/Topik-1-Nota-Penglibatan-Keluarga

TEORI-TEORI ETOLOGI

Etologi adalah kajian mengenai tingkah laku haiwan dan manusia dalam konteks evolusi. Tokoh-tokoh teori etologi adalah Charles Darwin, Bowlby, Konrad Lorenz dan Niko Tindbergen.

Istilah “etologi” diturunkan dari bahasa Yunani, sebagaimana ethos (ήθος) ialah kata Yunani untuk "kebiasaan".


Teori seleksi alam (Darwin, 1859)

Darwin berpendapat bahwa tidak ada sifat baru yang perlu dimiliki semasa hidup individu. Pada dasarnya, teori Darwin berjalan sebagai berikut : diantara anggota-anggota sebuah spesies, terdapat variasi yang tak tehitung jumlahnya dan diantara anggota yang bermacam-macam itu hanya kelompok tertentu yang berhasil bertahan hidup yang bisa menghasilkan keturunannya.

Dengan demikian terdapat ‘perjuangan untuk bertahan hidup’ dimana anggota-anggota tebaik sebuah spesies dapat hidup cukup panjang untuk meneruskan sifat unggul mereka kepada generasi berikutnya. Terhadap jumlah generasi yang tak terhitung jumlahnya itu, alam kemudian ‘memilih’ siapa-siapa yang bisa beradaptasi paling dengan lingkungan mereka.

Menurut Darwin, Istilah ‘perjuangan untuk bertahan hidup’ (survival for the existence) adalah yang unggul yang bisa bertahan hidup (survival of the fittest).


Etologi Modern ( Lorenz dan Tindbergen)

Etologi modern lahir sebagai suatu pandangan penting karena pekerjaan para pakar ilmu hewan Eropa, khususnya Konrad Lorenz (1903-1989). Etologi menekankan bahwa perilaku sangat dipengaruhi oleh biologi, terkait dengan evolusi dan ditandai oleh periode penting atau peka. Konsep periode penting (critical period), adalah suatu periode tertentu yang sangat dini dalam perkembangan yang memunculkan perilaku tertentu secara optimal. Konsep etologi untuk belajar dengan cepat dan alamiah dalam satu periode waktu yang kritis yang melibatkan kedekatan dengan obyek yang dilihat bergerak pertama kali.
Para Etologis adalah para pengamat perilaku yang teliti, dan mereka yakin bahwa laboratorium bukanlah setting yang baik untuk mengamati perilaku. Mereka mengamati perilaku secara teliti dalam lingkungan alamiahnya seperti : di rumah, taman bermain, tetangga, sekolah, rumah sakit dan lain-lain.

Pendekatan Metodologis (Pendekatan yang memahami tingkah laku dengan setting yang alamiah)
Langkah–langkahnya :
1. Mengetahui informasi tentang spesies tersebut sebanyak mungkin,
2. Mengamati tingkah laku khasnya,
3. Membandingkan dengan tingkah laku spesies yang lain.
Tingkah laku Instingtif

Adalah tingkah laku yang tidak pernah dipelajari dan muncul karena stimulus eksternal tertentu. Pola tindakan tertentu juga memiliki komponen pendorong dasariah, sebuah desakan dari dalam untuk terlibat dalam tingkah laku instingtif. Contohnya : tindakan penyelamatan diri anak ayam oleh induknya karena dapat merespon kapanpun jika anak-anaknya berada dalam bahaya.


Pandangan Etologis mengenai perkembangan anak

Teori Bowlby ( Teori Kelekatan)


Bowlby (Hetherington dan Parke, 1999) dipengaruhi oleh teori evolusi dalam observasinya pada perilaku hewan. Menurut teori Etologi (Berndt, 1992) tingkah laku lekat pada anak manusia diprogram secara evolusioner dan instinktif. Sebetulnya tingkah laku lekat tidak hanya ditujukan pada anak namun juga pada ibu. Ibu dan anak secara biologis dipersiapkan untuk saling merespon perilaku.
Bowlby (Hetherington dan Parke,1999) percaya bahwa perilaku awal sudah diprogam secara biologis. Reaksi bayi berupa tangisan, senyuman, isapan akan mendatangkan reaksi ibu dan perlindungan atas kebutuhan bayi. Proses ini akan meningkatkan hubungan ibu dan anak. Sebaliknya bayi juga dipersiapkan untuk merespon tanda, suara dan perhatian yang diberikan ibu. Hasil dari respon biologis yang terprogram ini adalah anak dan ibu akan mengembangkan hubungan kelekatan yang saling menguntungkan (mutuality attachment).

Teori etologi juga menggunakan istilah “Psychological Bonding” yaitu hubungan atau ikatan psikologis antara ibu dan anak, yang bertahan lama sepanjang rentang hidup dan berkonotasi dengan kehidupan sosial (Bowley dalam Hadiyanti,1992).

Bowlby menyatakan bahwa kita dapat memahami tingkah laku manusia dengan mengamati lingkungan yang diadaptasinya yaitu : lingkungan dasar tempat berkembang.

Dalam kehidupannya seringkali manusia menghadapi ancaman, untuk mendapat perlindungan, anak-anak memerlukan mekanisme untuk menjaga mereka dan dekat dengan orangtuanya dengan kata lain mereka harus mengembangkan tingkah laku kelekatan (attachment).

Fasa-fasa kelekatan :
1. Lahir sampai 3 bulan (respon tak terpilah kepada manusia),
2. 3 sampai 6 bulan (fokus pada orang-orang yang dikenal),
3. 6 bulan sampai 3 tahun (kemelekatan yang intens dan pencarian kedekatan yang aktif),
4. 3 tahun sampai akhir masa kanak-kanak (tingkah laku persahabatan).

Kelekatan sebagai pencetakan

Kelekatan anak mengikuti arah yang serupa dengan proses pencetakan (imprinting) pada hewan. Pencetakan adalah proses dimana hewan belajar stimuli pemicu untuk melepaskan insting-insting sosial mereka.

Pada manusia, kita dapat mengamati proses serupa, meskipun berkembang sangat lambat. Selama minggu-minggu pertama hidupnya bayi tidak bisa secara aktif mengikuti objek lewat keinginan mereka sendiri melainkan hanya melakukan respon sosial langsung kepada orang-orang. Namun, sejak usia 3 bulan mereka mulai mempersempit kemelekatan mereka hanya kepada beberapa orang, dan akhirnya pada satu orang saja.


Pola-pola kelekatan menurut Mary Ainsworth

Menurut Ainsworth (dalam Belsky, 1988) hubungan kelekatan berkembang melalui pengalaman bayi dengan pengasuh ditahun-tahun awal kehidupannya. Intinya adalah kepekaan ibu dalam memberikan respon atas sinyal yang diberikan bayi, sesegera mungkin atau menunda, respon yang diberikan tepat atau tidak.

Kelekatan adalah suatu hubungan emosional atau hubungan yang bersifat afektif antara satu individu dengan individu lainnya yang mempunyai arti khusus. Hubungan yang dibina akan bertahan cukup lama dan memberikan rasa aman walaupun figur lekat tidak tampak dalam pandangan anak. Sebagian besar anak telah membentuk kelekatan dengan pengasuh utama (primary care giver) pada usia sekitar delapan bulan dengan proporsi 50% pada ibu, 33% pada ayah dan sisanya pada orang lain (Sutcliffe,2002).

Kelekatan bukanlah ikatan yang terjadi secara alamiah. Ada serangkaian proses yang harus dilalui untuk membentuk kelekatan tersebut.

Dalam hal ini Ainsworth bersama rekannya mengamati kemunculan tiga pola dasar :
1. bayi-bayi yang tetap merasa aman,
bayi yang akan merasa aman dan akan mengeksplorasi ruangan bermain selama ibunya tetap berada disampingnya.
2. bayi-bayi yang tidak merasa aman dan ingin menghindar,
bayi yang menunjukkan pola ini terlihat cukup independen selama menjalani situasi asing. Segera setelah melihat ruangan bermain langsung mengeksplorasi mainan yang ada.
3. bayi-bayi yang tidak merasa aman namun bersikap ambivalen,
dalam situasi asing, bayi-bayi model ini begitu lengket dengan ibunya kemanapun ibunya pergi dan tidak mau mengeksplorasi ruang bermain.

Anak yang memiliki orang tua yang mencintai dan dapat memenuhi kebutuhannya akan mengembangkan model hubungan yang positif yang didasarkan pada rasa percaya (trust). Selanjutnya secara simultan anak akan mengembangkan model yang paralel dalam dirinya.

Anak dengan orang tua yang mencintai akan memandang dirinya “berharga”. Model ini selanjutnya akan digeneralisasikan anak dari orang tua pada orang lain, misalnya pada guru dan teman sebaya. Anak akan berpendapat bahwa guru dan teman adalah orang yang dapat dipercaya. Sebaliknya anak yang memiliki pengasuh yang tidak menyenangkan akan mengembangkan kecurigaan (mistrust) dan tumbuh sebagai anak yang pencemas dan kurang mampu menjalin hubungan sosial.

Perkembangan etologi

Melalui karya Lorenz dan Tinbergen, etologi berkembang secara kuat di benua Eropa dalam tahun-tahun sebelum PD II. Setelah perang, Tinbergen pindah ke Universitas Oxford, dan etologi menjadi lebih kuat di Britania Raya, dengan pengaruh tambahan dari William Thorpe, Robert Hinde dan Patrick Bateson pada Sub-bagian Perilaku Hewan dari Universitas Cambridge, terletak di desa Madingley. Di masa ini, juga, etologi mulai berkembang secara kuat di Amerika Utara.

Lorenz, Tinbergen, dan von Frisch secara bersama-sama dianugerahi Hadiah Nobel pada 1973 untuk karya mereka dalam etologi pengembangan.


Ethologi sosial dan pengembangan terkini

Pada 1970, etolog Inggris John H. Crook menerbitkan naskah penting yang mana ia membedakan etologi komparatif dengan etologi sosial, dan mengemukakan bahwa banyak dari etologi yang telah ada sampai kini sesungguhnya merupakan etologi komparatif, memandang hewan sebagai individu, sedangkan di masa depan, para etolog akan memerlukan konsentrasi pada perilaku kelompok sosial dari hewan dan struktur sosial di dalamnya. Ini telah mengetahui sebelumnya. Buku E. O. Wilson ‘’Sosiobiologi’’ muncul pada 1975, dan sejak saat itu studi perilaku telah lebih banyak berkaitan dengan aspek sosial. Juga telah didorong dengan yang lebih kuat, namun lebih sulit, Darwinisme yang dihubungkan dengan Wilson dan Richard Dawkins. Pengembangan terkait ekologi perilaku juga telah membantu mengubah etologi. Di saat yang sama persesuaian substansial dengan psikologi komparatif telah terjadi, maka studi ilmiah modern pada perilaku menawarkan spektrum pendekatan tanpa kelim secara kurang lebih, dari kesadaran hewan, psikologi komparatif yang lebih tradisional, etologi, sosiobiologi dan ekologi perilaku.

Rujukan:

Daftar Pustaka
Santrock, John W. (2002). Life-Span Development. Dallas. University of Texas.
Belsky, J. (Ed) (1988). Infancy, Childhood and adollescene. Clinical Implication of Attachment. Lawrence Erlbaum Associate
Ervika, Eka, (2000). Kualitas Kelekatan dan Kemampuan Berempati pada Anak. Skripsi. Yogyakarta : Fakultas Psikologi Universitas Gadjah Mada
Crain, William. (2007). Teori Perkembangan : Konsep dan Aplikasi. Pustaka Pelajar
Microsoft Encarta. (2007)

http://kongkoh.blogspot.com/2010/01/teori-teori-etologi.html

LARAS BAHASA

Apa Itu Laras Bahasa?

Hubungan antara bahasa dan masyarakat begitu erat dan tidak dapat dipisahkan. Semakin luas bahasa digunakan, semakin banyak pula penggunanya. Bahasa sebagai wahana komunikasi digunakan untuk memperkatakan bermacam-macam hal, aspek, bidang dan peristiwa.
Konsep laras atau register telah diperkatakan oleh seorang ahli linguistik barat bernama Reid pada tahun 1956.

Konsep dan Pengertian Laras
Laras bahasa ialah sesuatu variasi bahasa yang mempunyai ciri-ciri khusus dalam penggunaannya mengikut bidang.Secara umumnya,laras bahasa bermaksud gaya atau cara bahasa yang digunakan untuk menyampaikan maklumat, maksud dan tujuan sama ada secara lisan atau bertulis.
Apa kata tokoh-tokoh luar negara dan tempatan mengenai definisi laras bahasa?

  1. Ure dan Ellis telah menyatakan pada 1977 bahawa laras bahasa adalah sejenis pencorakan bahasa yang kerap kali digunakan dalam sesuatu situasi komunikatif
  2. Za’ba (1962) menerangkan laras ialah rupa susuk bahasa yang dipakai apabila bercakap atau mengarang, iaitu tentang perkataannya, ikatan ayatnya, jalan bahasanya, cara susunannya atau bentuk peribahasanya
  3. Halliday (1968) mendefinisikannya sebagi variasi bahasa berlainan berdasarkan fungsi atau dengan kata yang lebih mudah laras berubah mengikut situasi. Beliau mendasarkan perbezaan laras yang digunakan kepada dua faktor, iaitu pengguna dan penggunaan. Variasi bahasa yang timbul yang berkaitan dengan penggunanya, iaitu yang melibatkan tempat asal seseorang ialah dialek dan variasi bahasa yang berkaitan dengan penggunaannya, iaitu yang berlainan mengikut kumpulan sosial yang menggunakannya ialah register atau laras
  4. Naomi S. Baron (1979) mentakrifkan laras sebagai variasi linguistik (linguistic variation) yang ditentukan oleh keadaan sosial yang wujud pada ketika tertentu
  5. Dwight Bolinger (1981) dan rakannya mendefinisikan laras sebagai bentuk atau variasi bahasa yang digunakan dalam peristiwa berkomunikasi dan mereka menambah, laras dengan bentuk bahasa yang digunakan dalam ucapan umum seperti yang digunakan oleh seseorang pemidato saling berkaitan
  6. D.A. Wilkins (1982) mentakrifkan laras sebagai satu gaya bahasa yang berhubung kait dengan pekerjaan
  7. Nik Safiah Karim (1982) bersependapat dengan Halliday kerana setiap anggota masyarakat akan menggunakan beberapa laras yang berbeza mengikut keperluannya
  8. Brian Seaton (1982) mengeluarkan pendapat bahawa laras ialah satu variasi bahasa yang wujud daripada situasi yang berlainan seperti umur, jantina dan tajuk percakapan
  9. Asmah (1987) pula menyatakan ciri-ciri khusus dalam penggunaan bahasa menurut bidang penggunaannya
  10. Abdullah Hassan (1989) menyebut pemakaian kata-kata tertentu yang sesuai dengan konteksnya itu, adalah sesuatu yang dikatakan laras bahasa
  11. Raminah Hj. Sabran (1989) menjelaskan setiap bahsa mempunyai beberapa laras yang tersendiri yang digunakan dalam situas atau konteks yang berbeza

Dikaitkan dengan kesesuaian dengan bidang dan situasi bahasa atau konteks pengucapan.
Laras bahasa boleh ditakrifkan sebagai ciri-ciri khusus penggunaan bahasa mengikut bidangs esuatu wacana digunakan.
Contohnya, laras bahasa doa, khutbah dan upacara.

Laras dipengaruhi oleh latar, penutur, peserta dan tujuan.
Laras juga dipengaruhi oleh tatabahasa.
Conoth: Ayat aktif dan ayat pasif, ayat bias dan ayat songsang, dan panjang pendek ayat akan menghasilkan laras yang berbeza.
Terdapat tokoh bahasa yang membahagikan laras kepada beberapa bahagian lagi.
Misalnya Halliday melihat laras daripada tiga dimensi, iitu tajuk wacana, cara penyampaian, dan gaya penyampaian.
Tiga Dimensi Laras (Halliday)
Tajuk wacana
merujuk kepada bidang yang diperkatakan seperti biologi, perubatan, sukan, pendidikan, matematik dan sebagainya.
Bidang-bidang ini menentukan kosa kata dan istilah serta jenis ayat dan ragam ayat yang digunakan.
JIka wacana merupaan wacana ilmiah, maka ragam ayat pasif banyak digunakan untuk memberikn fokus kepada perkara yang dibincangkan.
Sebaliknya, jika wacana merupakan ulasan selari perlawanan bola sepak , rragam ayat aktif dengan ayat tunggal yang pendek-pendek banyak digunakan supaya sesuai dengan tempo perlawanan bola sepak berkenaan.

Cara penyampaian
Sama ada wacana berkenaan disampaiakan secara lisan atau tulisan.
Jika lisan, sama ada ia merupakan wacana syarahan atau ucapan, perbahasan dan khutbah atau doa?
JIka tulisan sama ada ia esei, laporan, surat rasmi atau surat peribadi, memorandum atau iklan?
Gaya penyampaian
mengimbangi sama ada suatu ucapan berkenaan disampaikan dalam situasi formal atau tak formal.
Misalnya, ucapan, adakah ucapan itu disampaiakn dalam majlis yang formal yang dihadiri oleh orang-orang kenamaan atau dif-dif?

Jenis dan Ciri Laras Bahasa
Laras bahasa dapat digolongkan kepada dua golongan besar, iaitu laras biasa dan laras khusus.
Laras biasa ialah laras khusus yang digunakan untuk masyarakat umum seperti bidang hiburan (laporan sukan, berita sukan), pengetahuan dan peneranagn (syarahan, rencana), maklumat dan pemujukan (rencana, iklan).
Laras khusus pula merujuk kepada kegunaan untuk khalayak khusus seperti ahli-ahli atau peminat dalam bidang tertentu dan pelajar-pelajar (rencana, laporan, buku).
Pembeza utama yang membezakan antara laras biasa dengan laras khsus ialah:
kosa kata
tatabahasa
gaya


Laras Bahasa  Biasa
Tidak melibatkan bidang tertentu, mudah difahami, tiada istilah teknikal, kurang kata pinjaman.)
Laras biasa ialah laras bahasa yang yang digunakan unuk khalayak umum tentang pelbagai bidang seperti bidang hiburan (laporan sukan, berita sukan), pengetahuand an penerangan (syarahan, encana) dan maklumat dan pemujukan (rencana, iklan).
Gayat ayat sederahana, ringkas dan padat.
Struktur ayat mudah, contohny: Di larang memijak rumput.
Laras bahasa biasa terbahagi kepada formal dan tak formal.
Laras Bahasa Biasa
Formal/Rasmi
Tak Formal
Digunakan dalam majlis rasmi, surat kiriman dan sebagainya.
Berlaku proses pengguguran dalam ayat-ayat yang diucapkan sama ada pengguguran subjek, predikat, objek.
.
Laras Bahasa Perniagaan
Mempengaruhi penguna untuk membentuk tanggapan tertentu , atau mengubah sikap dan melakukan tindkan.
Digunakan dalam iklan, tender, laporan dan sebagainya , disokong pula oleh gambar, lukisan, grafik, ilustrasi dansebagainya.
Iklan dapat dihasilkan dengan beberapa cara seperti berikut:
(a) slogan: Kami Ada Cara
(b) Kaedah Pernyataan: Rumah Untuk Dijual/Disewa
(c) Perkaitan Konsep: Artis X dengan Tilam Jenama Y
(D) Perisytihran: Waja dengan Aksesori Lengkap
(e) Kaedah Umpan: Beli Satu, Percuma Satu
(f) Mesra: Keutamaan Kami Adalah Pelanggan.
(g) Bandingan: Bateri X Lebih Berkuasa dan Tahan Lama
(h) Gesaan: Cepat! Cepat! Datanglah Beramai-ramai
(i) Pertanyaan: Sakit Pinggang? Sapulah Dengan Minyak Angin Z.

Laras Bahasa Akademik
Meliputi pelbagai bidang seperti sains, teknologi, komunikasi, matematik dan sebagainya yang terletak dalam ruang lingkup pendidikan.
Bersifat teknikal.
Dalam penulisan ilmiah, misalnya penulisan thesis, penulis perlu mengikut fornmati tertentu seperti perlu ada cattan bibiliografi (rujukan), nota kaki di bawah muka surat atau nota hujungan di penghujung setiap bab.
Menggunaka istilah-istilah yang khusus kepada bidang, dan biasanya perlu dihafal. Contohnya ialah fotosintesis, pecutan, mengawan, pendebungaan dan sebagainya.

Laras Bahasa Undang-Undang
Tiada gambar, graf, metafora, simili, peribahasa, kiasan dan sebagainya. mempunyai istilah sendiri seperti Argumantum ad baculum, habeas corpus dan sebagainya.

Laras bahasa media
Berita sebagai satu wacana mempunyais truktur teks yang tersnediri, laind aripada struktur teks cereka, dan lain pula daripada struktur teks esei dan karya ilmiah.
Wartawan atau pengarang akhbar menggunakan bahasa untuk menjelaskan sesuatu menurut cara yang paling mudah diterima sesuai dengan selera sebilanganbesar pemvbaca akhbar.
Tiga ciri penting yang harus ada dalam berita akhbar yang baikialah, pertama, baasa yang digunakan mudah. kedua, gaya tulisan yang jelas danketuiga, isi tulisan mestilah tepat. Oleh sebab akhbar diterbitkan untuk orang ramai, maka bahasa akhbar haruslah sesuai dengan bahasa kegunaan orangr amai.
Ayat yang panjang, mengandungi beberapa klaausa, menggunakan petikan, metafora, kiasan, istilah teknik, dan sebagainya haruslah dielakkan.

Laras Bahasa Sastera
Memperlihatkan gaya bahasa yang menarik dan kreatif.
Bahasanya boleh dalam bentuk naratif, deskriptif, preskriptif, dramatik dan puitis.
Beberapa ciri bahasa sastera:
a kreatif dan imaginatif: kabur mesej
b. mementingkan penyusunan, pengulangan, pemilihan kata
c. puitis dan hidup,: monolog, dialog, bunga-bunga bahasadan sebagainya.
d. menggunakan bahas tersirat: perlambangan, kisan, perbandingan, peribahasa, metafora, simile, personifikasi, ilusi, ambiguiti dan sebagainya.
e. terdapat penyimpangan tatabahasa atau manipulasi bahasa.

Laras Bahasa Agama
Mengandungi istilah agama daripada bahasa Arab
Struktur ayatnya banyak dipengaruhi struktur bahasa Arab
Diselitkan dengan petikan daripada al-Quran dan hadis.

Kesimpulan:

Golongan laras
Bidang
Situasi
Contoh Bahan
Biasa
Hiburan
Pengetahuan
Maklumat
Upacara/.Majlis
Khalayak Umum
Berita, laporan. iklan, surat peribadi
Ucapan syarahan
Acara majlis umum
Doa, khutbah
Khusus
Doa-khutbah
Teknikal
Ilmiah
Khalayak Umum
Acara majlis rasmi
Rencana, ekonomi, undang-unang, fizik, kimia, dan lain-lain.
Tesis, rencana matematik, biologi, Fizik, Kimiz, Lukisan Kejuruteraan dan sebagainya.




PENDAPAT LAIN TENTANG LARAS BAHASA
Umumnya dapat diterangkan sebagai cara penggunaan sesuatu bahasa. Asmah Hj.Omar (1984), berpendapat bahawa laras bahasa ialah khusus dalam penggunaan bahasa menurut bidang penggunaannya.

Ciri-ciri Laras Bahasa Perniagaan

1.           Bidang

§           Biasanya digunakan dalam dunia korporat, khususnya bidang
perusahaan, perindustrian, perakaunan, perbankan, perniagaan dan
perdagangan.
§           Penggunaan bahasa Melayu terpaksa bersaing dengan bahasa
     Inggeris.
§           Penggunaan laras bahasa perniagaan dalam bahasa Melayu amat
penting, khususnya dalam aspek komunikasi memandangkan ekonomi negara menjelang abad ke-21 akan berasaskan perindustrian dan perusahaan.



2.           Perbendaharaan Kata

§           Istilah khusus (penanda laras), antaranya:
agihan jualan       agensi pemasaran          baki debit
anggaran kos       francais                          cek palang
harga mutlak        eksport                           saham
urus niaga            kredit                              komposit

§     Istilah umum: tetapi diberi pengertian khusus (merujuk bidang
     ekonomi)
          untung                  tempoh hutang               tunai
          susut                     runcit

3.           Tatabahasa

§           Morfologi (kajian terhadap perkataan)
     Kata-kata umum (kata tunggal) bahasa Melayu boleh menjadi kata-
     kata khusus (bidang perniagaan) apabila menjadi kata terbitan.
     Contohnya:
                   Kata Umum                           Istilah
                   wang                                       kewangan
                   ratus                                        peratus
                   lebih                                        lebihan
                   pasar                                       pasaran
                   pegang                                    pemegang
                   dagang                                    dagangan

§           Akronim
       Contohnya:
                      EPU – Unit Pembangunan Ekonomi
                      EON – Edaran Otomobil Nasional
                      BSN – Bank Simpanan Nasional
                      BSKL – Bursa Saham Kuala Lumpur

§           Kata Majmuk
       Contohnya:
            kos jualan             modal tetap          harta semasa
            untung bersih       lebih asset             sebut harga

§           Sintaksis (kajian terhadap ayat)
       Kebanyakan ayat-ayat yang digunakan jenis ayat penyata, iaitu
       ayat-ayat yang memberi keterangan tentang sesuatu hal.
       Contohnya:
            Bank Simpanan Nasional (BSN) mencatatkan prestasi di luar
            jangkaan apabila mengaut keuntungan sebelum cukai bagi
            setengah tahun pertama, lebih RM70 juta dan mengatasi
            keuntungan sebanyak RM 47.754 juta bagi tahun lalu.

              Menggunakan ragam ayat yang seimbang, iaitu menggunakan ayat
              aktif dan ayat pasif yang sama banyak dalam teks ekonomi.
              Contohnya:
                   Ayat Aktif
                             KDNK merupakan petunjuk ekonomi yang paling
                             penting
                   Ayat Pasif
                             Kesan teus dirasai oleh pengeluar segmen kereta yang
                             lebih mahal.

              Kecenderungan menggunakan ayat majmuk, iaitu ayat yang
              mendukung beberapa isi dalam satu ayat untuk menimbulkan
              kelancaran dan kesinambungan wacana.Contohnya:
                   Seandainya pemegang saham berjaya mengawal pihak
                   pengurusan (sudah tentu dengan kos yang tinggi), bagaimana
                   mereka memastikan bahawa nilai sebenar syarikat tergambar
                   dalam pasaran saham agar mereka tidak akan mengalami
                   sebarang kerugian apabila menjual saham mereka.

              Struktur ayat juga jelas memperlihatkan pengaruh bahasa Inggeris,
              khususnya penggunaan ayat pemeri yang menggunakan
              kopula adalah dan ialah walaupun unsur ini tidak wajib
              digunakan dalam bahasa Melayu. Contohnya:
1.           Jualan runcit adalah dijangka akan meningkat.
2.           Paling ketara ialah pendaftaran baru bagi kereta.
          Fungsi kata pemeri tersebut untuk kejelasan dan pemahaman
          ayat dengan lebih mudah.



4.           Gaya Bahasa

§           Berbentuk ilmiah, iaitu laras bahasa yang mengungkapkan ilmu.
§           Bersifat formal dan mempunyai perkataan, istilah susunan frasa,
       dan ayat yang baik, sesuai dan tepat serta boleh menyampaikan
       maksud dan pengertian dengan berkesan.
§           Banyak menggunakan jadual, graf dan carta, graf statistik dan
       sebagainya.