Terdapat
beberapa pandangan berhubung dengan perkembangan kanak-kanak dan tingkah
lakunya. Setiap kanak-kanak mempunyai perbezaan perkembangan dan tingkah
lakunya. Keadaan ini dipengaruhi oleh persekitaran yang berkaitan dengan
sangkutan, autonomi, inisiatif dan kendiri. Pendidik perlu memahami dan melihat
kanak-kanak di institusi tadika daripada berberapa sudut untuk menangani
permasalahan yang dihadapi oleh kanak-kanak. Kefahaman ini akan membantu
melaksanakan program pendidikan awal kanak-kanak dengan lebih berkesan.
SANGKUTAN
Definisi Sangkutan
Terdapat
beberapa definisi sangkutan atau perapatan berdasarkan beberapa orang ahli
teori ethologi. Kajian ethologi adalah kajian yang berhubung dengan tingkah
laku manusia dan haiwan dalam keadaan semulajadi. Berikut adalah pandangan dan
definisi sangkutan menurut tokoh-tokoh ahli ethologi.
(a)
Lorenz melalui pemerhatiannya mengkaji ke atas corak tingkah laku sekumpulan
anak angsa. Beliau merumuskan bahawa kita tidak akan memahami kanak-kanak kalau
kita tidak memerhatikan tingkah lakunya dalam persekitaran semula jadi mereka.
(b)
John Bowlby telah meneruskan kajian Lorenz. Beliau menyatakan bahawa
kanak-kanak kecil membentuk sangkutan dan perapatan emosi yang intim kepada ibu
bapa atau orang dewasa yang menggantikan ibu bapa sebenar.
Bowlby
mendefinisikan tingkah laku sangkutan sebagai apa jua tingkah laku yang
menolong merapatkan hubungan bayi dengan individu sangkutan tersebut. Sangkutan
juga boleh dimaksudkan sebagai hubungan rapat dan mesra yang mewujudkan kasih
sayang yang kuat dan mengikat seseorang dengan yang lain.
(c)
Hubungan sangkutan yang kuat dan tinggi semasa kecil akan memberi kesan
sepanjang kehidupan individu berbanding dengan hubungan sangkutan yang lemah.
Kesannya adalah seperti berikut:
(i)
Mempunyai harga diri yang tinggi
(ii)
Merasa lebih diterima oleh keluarga
(iii)
Merasa lebih diterima oleh rakan sebaya
(iv)
Merasa lebih diterima oleh masyarakat
Contohnya
seorang anak yang terlalu rapat dengan ibunya akan mengalami kesukaran berpisah
dengan ibu terutama apabila ingin dihantar ke TADIKA.
Karenah dan Sangkutan
Sangkutan
melibatkan hubungan anak dengan ibu bapa, ahli keluarga ,adik beradik dan datuk
nenek. Kanak-kanak yang terikat dengan sangkutan ibu bapa yang kuat mengalami
kesukaran untuk berjauhan buat beberapa ketika. Mereka yang kuat sangkutan akan
mengalami gangguan emosi tingkah laku berkerenah. Contohnya anak yang
dipelihara oleh datuk dan nenek sejak kecil kemudian diambil oleh ibu bapanya
akan mengalami tekanan emosi. Untuk mengatasi masalah ini, pertemuan yang kerap
akan mengurangkan kesunyian yang dialami oleh kedua pihak.
Peristiwa
yang lain seperti masalah rumah tangga, perpisahan di kalangan ibu bapa,
kematian, tinggal berjauhan adalah gangguan yang sering terjadi dan menimbulkan
masalah dalam sangkutan. Sangkutan yang melampau menyebabkan kanak-kanak suka
merajuk, memencilkan diri atau mengheret ibunya menemaninya ke sekolah. Ini
meyebabkan sesetengah ibu bapa terpaksa berhenti kerja demi menemankan
anak-anak di sekolah.
Ciri-ciri Pembentukan Sangkutan
Pembentukan
sangkutan adalah berpunca daripada pelbagai pihak. Sangkutan mengikut keperluan
masing-masing. Sangkutan sangat penting untuk membina tingkah laku yang
diingini. Pembentukan sangkutan kanak-kanak perlu perhatian, tetapi perhatian
berlebihan akan mendatangkan kesan buruk iaitu kanak-kanak tidak dapat
berdikari dan menyusahkan orang lain.
Antara
pembentukan sangkutan yang positif adalah seperti berikut:
(a)
Kanak-kanak perlu diberitahu tentang peranannya sebagai anak dan apakah yang
patut dilakukan. Contohnya tentang menguruskan diri dan menjaga kebersihan.
Kanak-kanak perlu makan sendiri kalau sudah boleh berbuat demikian. Kanak-kanak
hendaklah menepati waktu pergi sekolah dan balik ke rumah apabila selesai hari
persekolahan.
(b) Latihan modifikasi tingkah laku boleh
menolong kanak-kanak mengurangkan sangkutan yang keterlaluan agar kanak-kanak
dapat menyesuaikan diri di kalangan rakan-rakan sebaya di TADIKA atau di
persekitaran
(a) Ciri-ciri pembentukan sangkutan
(i)
Ibu kepada bayi yang membentuk sangkutan yang selamat akan lebih responsif
kepada keperluan bayi semasa 3 bulan pertama. Contohnya: Ibu dengan cepat
memujuk bayi apabila bayi menangis, memberi makan kepada bayi bila menjangkakan
bayi itu lapar.
(ii)
Ibu bersikap konsisten dalam bertindak balas kepada keperluan bayi.
(iii)
Ibu bapa biasanya akan menyesuaikan tingkah laku mereka dengan mengambil kira
reaksi dan kerenah bayi.
(iv)
Sangkutan yang tidak selamat timbul apabila ibu gagal menyediakan keprihatinan
yang sensitif dan responsif terhadap keperluan dan harapan bayi.
Bolwlby
berpendapat bahawa semua bayi telah bersedia secara biologi untuk membentuk
sangkutan yang selamat dengan ibu yang sensitif dan responsif kepada keperluan
mereka.
(b)
Prinsip-prinsip Pembentukan Sangkutan
Teori
Etologi sangkutan oleh Bowlby menggariskan prinsip-prinsip sangkutan seperti
berikut:
(i)
Tingkah laku sangkutan di kalangan bayi adalah merupakan tingkah laku yang
berdasarkan kepada tingkah laku naluri dan evolusi manusia yang telah
diprogramkan secara semula jadi.
(ii)
Sangkutan di kalangan manusia tidak hanya bergantung kepada keperluan bayi
untuk makan atau menyusu semata-mata.
(iii)
Bayi membentuk sangkutan dengan orang-orang yang berinteraksi dengan mereka
secara kerap.
(iv)
Di kalangan manusia kehidupan tahun pertama adalah masa yang paling kritikal
dalam pemebentukan sangkutan.
(v)
Bayi akan lebih membentuk tingkah laku sangkutan terhadap seorang manusia iaitu
ibu, kerana ibu lebih berpengaruh.
(vi)
Semasa tiga tahun pertama seorang bayi sangkutan membina hubungan dua hala
antara ibu dengan anak.
(vii)
Apabila anak membentuk sangkutan dengan ibu beliau akan membentuk model bekerja
dalaman mengikut ibu mereka.
(viii)
Sangkutan anak-anak dengan ibu berbeza dari segi keselamatan Bayi membentuk
sangkutan yang selamat sekiranya ibu bertindak balas kepada keperluan mereka.
(ix)
Sangkutan yang selamat membentuk kesan yang positif terhadap perkembangan hidup
bayi.
AUTONOMI
Definisi Autonomi
Mengikut
Teori Erikson, tahap perkembangan manusia bermula pada umur 18 bulan hingga 3
tahun. Perkembangan pada peringkat ini adalah berdasarkan konflik yang wujud
dalam diri kanak-kanak iaitu autonomi lawan rasa malu atau sangsi. Pada
peringkat ini kanak-kanak perlahan-lahan mula memahami bahawa mereka boleh
mengawal tindakannya.Ini bermakna kanak-kanak sudah mempunyai autonomi ke atas
diri mereka. Menerusi kefahaman ini, dapat autonomi bermaksud kanak-kanak pada
peringkat usia 18 bulan hingga 3 tahun berusaha menunjukkan autonomi untuk
berdikari daripada orang dewasa atau orang lain yang sebaya dengannya. Walau
bagaimanapun semasa kanak-kanak hendak mendapatkan autonomi, mereka mengalami perasaan
sangsi sama ada boleh menangani situasi. Mereka rasa malu jika gagal menangani
sesuatu tindakan. Campuran autonomi, malu dan sangsi memberikan satu kekuatan
kepada kanak-kanak bahawa mereka boleh bertindak ke atas dunia dengan kekuatan
sendiri.
Menangani Isu Pengawalan
Konsep
pengawalan adalah sistem kawalan yang digunakan oleh ibu bapa dalam mengawal
tingkah laku anak. Selalunya ibu bapa menggunakan perkataan
Âjangan...jangan...Ê Ibu bapa kurang memberi alasan kenapa tidak boleh
melakukan sesuatu tindakan secara rasional. Alasan yang diberi lebih kepada
ugutan dan menakut-nakutkan kanak-kanak. Ini menyebabkan kanak-kanak kurang
yakin kepada diri sendiri dan bergantung kepada orang lain dan kurang
berdikari. Ini bermakna kanak-kanak tidak mencapai autonomi. Isu pengawalan
adalah permulaan modifikasi tingkah laku terhadap kanak-kanak.
Bandura
(1988) berpendapat kanak-kanak suka meniru perbuatan yang dilakukan oleh orang
dewasa. Kanak-kanak akan membuat pemerhatian yang berulang-ulang dan memperoleh
maklumat sama ada perbuatan yang ditiru mendapat sambutan atau teguran dan
tegahan daripada orang dewasa.
Contohnya perbuatan bersalaman akan
menimbulkan keserasian dan membentuk tabiat kepadanya, maka kanak-kanak akan
bersalaman apabila diminta berbuat demikian berbanding dengan kanak-kanak yang
kurang selesa untuk bersalaman.
Menangani Pengekalan
Dalam
mengekalkan tingkah laku positif dan autonomi, beberapa langkah boleh diambil
oleh orang dewasa dalam membantu kanak-kanak mengekalkan autonomi terhadap diri
mereka.
(a)
Terdapat ibu bapa yang memberi hadiah dan ganjaran yang setimpal dengan tingkah
laku anak dan ini adalah perbuatan yang menggalakkan. Ini dapat menolong mereka
mengekalkan tingkah laku positif. Konsep kendiri banyak mempengaruhi tingkah
laku kanak-kanak ke arah penyesuaian diri. Ini termasuk penghargaan kendiri,
penerimaan dan penolakan diri. Jika sesaorang kanak-kanak merasai kurang
penerimaan daripada orang yang berinteraksi dengannya, maka dia akan mengalami
perasaan penolakan diri. Perasaan ini akan membawa kesan negatif dalam usahanya
mengatasi masalah hidup yang dihadapinya.
(b) Kanak-kanak yang dapat mengekalkan
penghargaan kendiri yang tinggi mempunyai sikap yang positif, sanggup berusaha
hingga dapat menyempurnakan tugasannya, dapat menyerlahkan bakat dan
kebolehannya. Kanak-kanak yang mempunyai konsep kendiri yang sederhana,
mempunyai rasa curiga dan ragu-ragu dalam mengambil keputusan yang tepat.
Manakala kanak-kanak yang mempunyai konsep kendiri yang rendah biasanya bersikap
rendah diri, curiga, tidak mampu membuat keputusan, tidak dapat berinteraksi
dengan berkesan, dan sering melepaskan diri dari bersikap kurang yakin kepada
kebolehan diri sendiri. Kanak-kanak yang memberi banyak alasan untuk menolak
tugasan telah mempamerkan tindakan atau taktik yang menunjukkan mereka
mempunyai konsep kendiri yang rendah dan banyak alasan.
(c)
Dalam pengekalan tingkah laku yang positif guru perlu memberi perhatian yang
sewajarnya seperti dorongan dan sokongan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran kanak-kanak. Terdapat banyak aktiviti yang boleh mengekalkan
tingkah laku positif. Perkara yang utama perlu dilakukan oleh guru ialah
memberi pengalaman kepada dan menikmati pengalaman kejayaan bersama kepada
kanak-kanak. Guru memberi peluang kepada kanak-kanak menjadi pemimpin atau
mengambil bahagian dalam aktiviti seperti main peranan, simulasi, permainan
dalam kumpulan dan sebagainya.
(d)
Semua kanak-kanak perlu merasa bangga terhadap diri mereka dan keluarganya.
Mereka perlu merasai dirinya dihargai dan merasa berkebolehan dan dapat
mencapai sesuatu. Mereka perlu merasa selamat dan yakin kepada diri sendiri.
INISIATIF
Definisi Inisiatif
Perkataan inisiatif bermakna
bercita-cita dan bersemangat. Ini menunjukkan kanak-kanak mempunyai tujuan
untuk hidup. Kanak-kanak tidak sabar melakukan tugasan baru, menyertai aktiviti
bersama rakan sebaya dan menjumpai apa mereka boleh lakukan dengan pertolongan
orang dewasa.
Perkembangan Konflik
Kanak-kanak
selalu berada dalam suasana konflik. Contohnya berebut barang mainan dan tidak
mahu berkongsi dengan kawan. Suasana begini selalu berlaku di prasekolah.
Keadaan ini melahirkan konflik di kalangan kanak-kanak. Apabila konflik berlaku
guru perlu mengelakkan diri daripada terburu-buru membuat keputusan dan
menghukum dengan menjelaskan siapa yang salah dan siapa yang benar atau
menyalahkan sesiapa. Guru hanya perlu mendengar keterangan yang mereka berikan.
Mereka yang menyelesaikan konflik dengan cara yang terbaik untuk menangani
situasi konflik tersebut.
Panduan
guru dalam menghadapi konflik adalah seperti berikut:
(a)
Mendengar kanak-kanak bercerita
(b)
Berterima kasih kerana memberitahu apa yang berlaku
(c)
Jangan menyalahkan kanak-kanak
(d)
Bertanyakan perasaan kanak-kanak sekiranya sesuatu perkara itu berlaku pada
dirinya sendiri
(e)
Bertanyakan kepada kanak-kanak perkara yang patut dibuat supaya kawannya rasa
seronok.
(f)
Ikut apa yang telah dipersetujui untuk menamatkan konflik.
Kanak-kanak
akan belajar cara menghormati hak orang lain dan menjaga maruah orang lain.
Guru hendaklah memberi peluang kanak-kanak menguruskan konflik dengan cara yang
terbaik. Di samping itu guru hendaklah menolong kanak-kanak mengurangkan
konflik dan membina kemahiran persahabatan. Berikut adalah cara-cara membina
persahabatan:
(a)
Mengajak kawan-kawan bermain bersama
(b)
Berkongsi alat permaian dan barang-barang
(c)
Berbual-bual
(c)
Menawarkan pertolongan
(d)
Bertukar alat mainan
(e)
Mendengar kawan membaca buku cerita
(f) Membuat apa yang dibuat oleh kawan
Peranan Persekitaran
Keluarga
memainkan peranan penting dalam masyarakat. Setiap masyarakat mengawal tingkah
laku seksual ahli-ahlinya. Di antara fungsi keluarga dalam masyarakat adalah
seperti berikut:
(a)
kawalan tingkah laku seksual
(b)
mensosialisasikan anak
(c)
memberi sokongan emosi
(d)
mengenakan kawalan sosial
(e)
memberi jagaan terhadap anak
(f)
memberi kerjasama ekonomi
Anak-anak bergantung sepenuhnya kepada
kedua ibu bapa mereka untuk mendapatkan makanan, minuman, perlindungan dan
kasih sayang. Mereka mudah dipengaruhi. Peranan keluarga adalah menyalurkan
budaya, seperti nilai, norma, kepercayaan, sikap dan juga bahasa. Memang ada
agen sosialisasi lain seperti rakan sebaya, sekolah, media massa. Walau
bagaimanapun keluarga adalah agen sosialisasi yang pertama dan paling
berpengaruh dalam pembentukan tingkah laku kanak-kanak.
Aplikasi Inisiatif Kanak-kanak
Kanak-kanak
mengaplikasi inisiatif dengan sokongan emosi daripada orang-orang di
persekitarannya seperti ibu bapa, adik beradik dan rakan sebaya. Contohnya
kanak-kanak menunjukkan inisiatif melalui aktiviti bermain. Semasa bermain
mereka mencuba kemahiran baru menerusi kegagalan, teguran dan bimbingan orang
di persekitarannya. Kanak-kanak bukan sahaja memerlukan persahabatan, sangkutan
tetapi juga kasih sayang bagi perkembangan yang normal.
KENDIRI
Definisi Kendiri
Kendiri adalah konsep merujuk kepada
fikiran, perasaan dan sikap terhadap diri. Sukar untuk menentukan bila kanak-kanak
mula memahami kewujudan mereka. Mengukur kesedaran kanak-kanak pula bukan
mudah. Kita tidak dapat bertanya kanak-kanak berumur tiga tahun dengan menyoal,
„Bila kamu sedar yang kamu wujud di dunia ini?‰ Tentunya soalan sebegini sukar
dijawab oleh kanak-kanak. Kita memerlukan pendekatan secara tidak langsung.
Contohnya menyuruh kanak-kanak melihat cermin. Apabila ia menyentuh hidungnya
setelah melihat muka di cermin maka kita sedar bahawa kanak-kanak tahu yang itu
adalah rupanya. Ini menunjukkan kanak-kanak mula membina konsep tentang diri
mereka. Seterusnya kanak-kanak mula membina kesedaran kendiri iaitu sedar
tentang kewujudan diri mereka. Apabila dia sedar tentang kewujudan mereka,
kanak-kanak mula memperoleh konsep kendiri dan mula bertanya siapa diri mereka
dan ingin mendefinisi diri mereka. Kanak-kanak yang mula menyedari konsep diri
mereka akan mengatakan „Ini saya punya„. Mereka juga boleh menjawab soalan
tentang nama mereka, siapa ibu dan bapa serta di mana mereka tinggal.
Konsep
Kendiri Positif dan Negatif
Konsep
kendiri yang positif adalah pandangan tentang diri yang positif. Contohnya
“saya rajin”, “saya pandai”, “Rambut
saya cantik” dan seumpamanya. Konsep kendiri yang negatif ialah pandangan yang
terlalu kritikal terhadap diri hingga menyebabkan tidak yakin pada diri
sendiri. Ini menyebabkan kekecewaan dan kegagalan sebelum mencuba sesuatu.
Sifat gembira kalau orang lain ditimpa bencana dan suka memutuskan silatulrahim
adalah konsep kendiri yang akan menyebabkan kanak-kanak itu tersingkir dan
dipencilkan oleh rakan rakan sebayanya. Kesimpulannya konsep kendiri positif
dan negatif adalah sikap kanak-kanak terhadap diri mereka sama ada positif atau
negative.
Persekitaran Peningkatan Kendiri
Persekitaran
memainkan peranan penting dalam peningkatan kendiri. Persekitaran seperti
didikan agama, budaya keluarga, rumah, rakan sebaya, sekolah, jiran tetangga,
saudara mara dan harapan guru boleh memberi implikasi kepada konsep kendiri.
Kasih sayang dan penerimaan orang lain daripada persekitaran boleh mengubah
konsep kendiri seseorang kanak-kanak. Kekuatan konsep kendiri bergantung kepada
bagaimana seseorang bertindak balas kepada elemen-elemen persekitaran.
Kanak-kanak
yang dididik dengan kasih sayang dan sempurna akan membentuk pandangan positif
tentang diri, begitu juga sebaliknya.
Aplikasi Kendiri Kanak-kanak
Sungguhpun taraf mental kanak-kanak telah
ditentukan semenjak di dalam kandungan lagi kita tidak boleh berserah sahaja
kepada takdir tanpa berusaha untuk mempengaruhi konsep kendiri kanak-kanak.
Kendiri kanak-kanak ibarat pokok yang tumbuh perlu dibaja dan disirami air.
Begitulah juga keadaannya dengan konsep kendiri. Ini bermakna kita perlu
menjalankan tanggungjawab iaitu apakah langkah yang perlu diambil untuk
meningkatkan konsep kendiri kanak-kanak berdasarkan perkembangan kanak-kanak.
Kanak-kanak berkembang dari aspek fizikal, emosi, rohani, sosial dan kognitif.
Kanak-kanak adalah pelajar yang aktif, sentiasa ingin tahu dan ingin melakukan
sesuatu tanpa menyedari risiko. Menurut Froebel, kerja kanak-kanak adalah
bermain. Dalam membina strategi dan langkah-langkah untuk meningkatkan konsep
kendiri kanak-kanak perlu berdasarkan perkembangan bermain tersebut.
Hasil kajian menunjukkan terdapat perkaitan
sikap ibu terhadap anak dalam menerima kehadiran anak, maka anak lebih
cenderung untuk mesra dengan keluarga dan orang lain.
·
Kanak-kanak
yang suka menangis dan susah diberi makan ada kaitannya dengan ibu yang risau
dan runsing ketika mengandung.
·
Penghargaan
terhadap anak seperti memberi kata manis dan kata pujian boleh meningkatkan
rasa senang dan keriangan kepada kanak-kanak.
·
Keluarga
yang stabil memberi ruang kepada kanak-kanak untuk membesar dan mengenali
kehidupan yang lebih bermakna daripada kanak-kanak yang tinggal dengan ibu
tunggal dan hidup yang kekurangan.
·
Peranan
ibu bapa dan guru sangat penting dalam aplikasi kendiri kanak-kanak. Penerimaan
orang dewasa terhadap kanak-kanak adalah aplikasi kendiri kanak-kanak yang
utama. Ibu bapa perlu menerima kehadiran kanak-kanak dalam keluarganya.
·
Guru
perlu menerima kanak-kanak yang berada dalam kelasnya. Guru sendiri menerima dirinya
sebagai seorang guru prasekolah yang mempunyai kualiti untuk membantu
kanak-kanak memperkembangkan potensinya ke tahap maksimum
Senarai kualiti konsep kendiri yang positif
yang perlu ada pada seorang guru yang boleh diaplikasi kepada kanak-kanak adalah
seperti berikut:
·
Kasih
sayang untuk kanak-kanak
·
Dedikasi
untuk mengajar
·
Kebolehan
menyempurnakan tugas hingga selesai
·
Kebolehan menjalin hubungan yang rapat
dengan kanak-kanak
·
Menguruskan unsur jenaka dengan baik
dan sopan.
Senarai
kualiti yang hendak dipertingkatkan oleh guru terhadap kanak-kanak adalah
seperti berikut:
· Mempunyai
keyakinan yang tinggi dan percaya yang anda boleh menyempurnakan
tanggungjawab dalam kerjaya dengan betul
· Mempunyai
kemahiran mengurus kanak-kanak
· Boleh
mengawal perasaan marah
· Mengeluarkan
bunyi suara yang lunak dan mesra
· Keupayaan
menyanyi dengan selesa di hadapan kanak-kanak.
· Anda
hendaklah menerima kanak-kanak yang ada dalam kelas anda tanpa syarat. Anda
tidak menerima kanak-kanak yang comot, gemuk, dan agresif?
Anda perlu buang jauh-jauh perasaan
anda itu.
(a)
Harapan Guru
(i)
Ini bermakna guru memainkan peranan penting dalam memupuk kendiri kanak-kanak.
Guru berinteraksi dengan kanak-kanak setiap hari. Guru yang membentuk kumpulan
kecil dan memberi arahan yang jelas, menyatakan peraturan kumpulan ketika
bermain, guru
yang
mendemonstrasi adab-adab yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak dalam interaksi
dan caracara
bertegur sapa dengan kanak-kanak lain dan orang dewasa. Guru memberi ruang
untuk kanak-kanak mencetuskan idea dan mengutamakan pengalaman mereka seharian.
(ii)
Strategi berpusatkan pelajar perlu diutamakan. Pendekatan guru kepada
pendekatan konstruktif, kontekstual dan projek dari ekposisi. Guru memberi
galakan kepada kanak-kanak mencuba dan meneroka dunia mereka dengan aktiviti
yang sesuai dengan minat dan perkembangan mereka.
(iii)
Guru perlu memberi penghargaan kendiri, meningkatkan penerimaan dan mengurangkan
penolakan diri.
(iv)
Guru menyediakan aktiviti seperti berikut:
·
Menyediakan alat permainan yang boleh
dikongsi dan bermain bersama-sama.
·
Alat bermain yang mudah tetapi menarik
dan seronok.
·
Galakkan kanak-kanak menyesuaikan diri
dalam situasi harian seperti main pondok-pondok, jual beli, jamuan majlis hari
jadi, hari perayaan dan lain-lain.
(v)
Kanak-kanak memerlukan ibu bapa, rakan sebaya dan orang dewasa untuk
berkomunikasi. Kanak-kanak akan membentuk kebolehan untuk lebih memahami dunia
di sekeliling mereka secara menyeluruh. Kanak-kanak belajar daripada orang lain
dan bagaimana bertindak mengikut keperluan dan kefahaman secara berterusan.
Kanakkanak
selalu bertanya dan menyelesaikan tugasan yang mudah seperti mengurus diri,
cara adab 5 makan, adab bertemu orang tua, cara bercakap, cara bermain dan
belajar tentang menulis membaca dan mengira.
RUJUKAN:
Hamilton,
D.S., & Flemming, B.M. (1977). Resources for Creative Teaching in
Early
Childhood Education. New York:
Harcourt Brace Jovanovich, Inc
Edgington,
M. (2004). The Foundation Stage Teacher In Action Teaching 3, 4 And 5 Year-
Olds. UK: Paul Chapman
Publishing.
Kail,
R.V., & Cavanaugh, J.C. (2000). Human Development. A Lifespan View. USA:
Wadsworth Thomson.
http://www.scribd.com/doc/36748453/Topik-1-Nota-Penglibatan-Keluarga
Play The Real Money Slot Machines - Trick-Taking Game - Trick-Taking
ReplyDeleteHow to Play. https://septcasino.com/review/merit-casino/ Play The Real Money Slot Machine. If you https://febcasino.com/review/merit-casino/ are febcasino searching for septcasino.com a fun, exciting game 토토 to play online, we have you covered.