Apa Itu Laras Bahasa?
Hubungan antara bahasa dan masyarakat begitu erat dan
tidak dapat dipisahkan. Semakin luas bahasa digunakan, semakin banyak pula
penggunanya. Bahasa sebagai wahana komunikasi digunakan untuk memperkatakan
bermacam-macam hal, aspek, bidang dan peristiwa.
Konsep laras atau register telah diperkatakan oleh seorang ahli linguistik barat bernama Reid pada tahun 1956.
Konsep laras atau register telah diperkatakan oleh seorang ahli linguistik barat bernama Reid pada tahun 1956.
Konsep dan Pengertian Laras
Laras bahasa ialah sesuatu variasi bahasa yang mempunyai ciri-ciri khusus dalam penggunaannya mengikut bidang.Secara umumnya,laras bahasa bermaksud gaya atau cara bahasa yang digunakan untuk menyampaikan maklumat, maksud dan tujuan sama ada secara lisan atau bertulis.
Apa kata tokoh-tokoh luar negara dan tempatan mengenai definisi laras bahasa?
Laras bahasa ialah sesuatu variasi bahasa yang mempunyai ciri-ciri khusus dalam penggunaannya mengikut bidang.Secara umumnya,laras bahasa bermaksud gaya atau cara bahasa yang digunakan untuk menyampaikan maklumat, maksud dan tujuan sama ada secara lisan atau bertulis.
Apa kata tokoh-tokoh luar negara dan tempatan mengenai definisi laras bahasa?
- Ure
dan Ellis telah menyatakan pada 1977 bahawa laras bahasa adalah sejenis
pencorakan bahasa yang kerap kali digunakan dalam sesuatu situasi
komunikatif
- Za’ba
(1962) menerangkan laras ialah rupa susuk bahasa yang dipakai apabila
bercakap atau mengarang, iaitu tentang perkataannya, ikatan ayatnya, jalan
bahasanya, cara susunannya atau bentuk peribahasanya
- Halliday
(1968) mendefinisikannya sebagi variasi bahasa berlainan berdasarkan
fungsi atau dengan kata yang lebih mudah
laras berubah mengikut situasi. Beliau mendasarkan perbezaan laras
yang digunakan kepada dua faktor, iaitu pengguna dan penggunaan. Variasi
bahasa yang timbul yang berkaitan dengan penggunanya, iaitu yang melibatkan
tempat asal seseorang ialah dialek dan variasi bahasa yang berkaitan
dengan penggunaannya, iaitu yang berlainan mengikut kumpulan sosial yang
menggunakannya ialah register atau laras
- Naomi
S. Baron (1979) mentakrifkan laras sebagai variasi linguistik (linguistic
variation) yang ditentukan oleh keadaan sosial yang wujud pada ketika
tertentu
- Dwight
Bolinger (1981) dan rakannya mendefinisikan laras sebagai bentuk atau
variasi bahasa yang digunakan dalam peristiwa berkomunikasi dan mereka
menambah, laras dengan bentuk bahasa yang digunakan dalam ucapan umum
seperti yang digunakan oleh seseorang pemidato saling berkaitan
- D.A.
Wilkins (1982) mentakrifkan laras sebagai satu gaya bahasa yang berhubung
kait dengan pekerjaan
- Nik
Safiah Karim (1982) bersependapat dengan Halliday kerana setiap anggota
masyarakat akan menggunakan beberapa laras yang berbeza mengikut
keperluannya
- Brian
Seaton (1982) mengeluarkan pendapat bahawa laras ialah satu variasi bahasa
yang wujud daripada situasi yang berlainan seperti umur, jantina dan tajuk
percakapan
- Asmah
(1987) pula menyatakan ciri-ciri khusus dalam penggunaan bahasa menurut
bidang penggunaannya
- Abdullah Hassan (1989)
menyebut pemakaian kata-kata tertentu yang sesuai dengan konteksnya itu,
adalah sesuatu yang dikatakan laras bahasa
- Raminah Hj. Sabran
(1989) menjelaskan setiap bahsa mempunyai beberapa laras yang tersendiri
yang digunakan dalam situas atau konteks yang berbeza
Laras bahasa boleh ditakrifkan sebagai ciri-ciri khusus penggunaan bahasa mengikut bidangs esuatu wacana digunakan.
Contohnya, laras bahasa doa, khutbah dan upacara.
Laras dipengaruhi oleh latar, penutur, peserta dan tujuan.
Laras juga dipengaruhi oleh tatabahasa.
Conoth: Ayat aktif dan ayat pasif, ayat bias dan ayat songsang, dan panjang pendek ayat akan menghasilkan laras yang berbeza.
Terdapat tokoh bahasa yang membahagikan laras kepada beberapa bahagian lagi.
Misalnya Halliday melihat laras daripada tiga dimensi, iitu tajuk wacana, cara penyampaian, dan
Tiga
Dimensi Laras (Halliday)
|
|
Tajuk
wacana
|
merujuk
kepada bidang yang diperkatakan seperti biologi, perubatan, sukan, pendidikan,
matematik dan sebagainya.
Bidang-bidang
ini menentukan kosa kata dan istilah serta jenis ayat dan ragam ayat yang
digunakan.JIka wacana merupaan wacana ilmiah, maka ragam ayat pasif banyak digunakan untuk memberikn fokus kepada perkara yang dibincangkan. Sebaliknya, jika wacana merupakan ulasan selari perlawanan bola sepak , rragam ayat aktif dengan ayat tunggal yang pendek-pendek banyak digunakan supaya sesuai dengan tempo perlawanan bola sepak berkenaan. |
Cara
penyampaian
|
Sama ada wacana berkenaan disampaiakan secara lisan
atau tulisan.
Jika
lisan, sama ada ia merupakan wacana syarahan atau ucapan, perbahasan dan
khutbah atau doa?JIka tulisan sama ada ia esei, laporan, |
|
mengimbangi
sama ada suatu ucapan berkenaan disampaikan dalam situasi formal atau tak
formal.
Misalnya,
ucapan, adakah ucapan itu disampaiakn dalam majlis yang formal yang dihadiri
oleh orang-orang kenamaan atau dif-dif? |
Jenis dan Ciri Laras Bahasa
Laras bahasa dapat digolongkan kepada dua golongan besar, iaitu laras biasa dan laras khusus.
Laras biasa ialah laras khusus yang digunakan untuk masyarakat umum seperti bidang hiburan (laporan sukan, berita sukan), pengetahuan dan peneranagn (syarahan, rencana), maklumat dan pemujukan (rencana, iklan).
Laras khusus pula merujuk kepada kegunaan untuk khalayak khusus seperti ahli-ahli atau peminat dalam bidang tertentu dan pelajar-pelajar (rencana, laporan, buku).
Pembeza utama yang membezakan antara laras biasa dengan laras khsus ialah:



Laras Bahasa Biasa
Tidak melibatkan bidang tertentu, mudah difahami, tiada istilah teknikal, kurang kata pinjaman.)
Laras biasa ialah laras bahasa yang yang digunakan unuk khalayak umum tentang pelbagai bidang seperti bidang hiburan (laporan sukan, berita sukan), pengetahuand an penerangan (syarahan, encana) dan maklumat dan pemujukan (rencana, iklan).
Gayat ayat sederahana, ringkas dan padat.
Struktur ayat mudah, contohny: Di larang memijak rumput.
Laras bahasa biasa terbahagi kepada formal dan tak formal.
Laras
Bahasa Biasa
|
|
Formal/Rasmi
|
Tak
Formal
|
Digunakan
dalam majlis rasmi,
|
Berlaku
proses pengguguran dalam ayat-ayat yang diucapkan sama ada pengguguran
subjek, predikat, objek.
|
Laras Bahasa Perniagaan
Mempengaruhi penguna untuk membentuk tanggapan tertentu , atau mengubah sikap dan melakukan tindkan.
Digunakan dalam iklan, tender, laporan dan sebagainya , disokong pula oleh gambar, lukisan, grafik, ilustrasi dansebagainya.
Iklan dapat dihasilkan dengan beberapa cara seperti berikut:
(a) slogan: Kami Ada Cara
(b) Kaedah Pernyataan: Rumah Untuk Dijual/Disewa
(c) Perkaitan Konsep: Artis X dengan Tilam Jenama Y
(D) Perisytihran: Waja dengan Aksesori Lengkap
(e) Kaedah Umpan: Beli Satu, Percuma Satu
(f) Mesra: Keutamaan Kami Adalah Pelanggan.
(g) Bandingan: Bateri X Lebih Berkuasa dan Tahan Lama
(h) Gesaan: Cepat! Cepat! Datanglah Beramai-ramai
(i) Pertanyaan: Sakit Pinggang? Sapulah Dengan Minyak Angin Z.
Laras Bahasa Akademik
Meliputi pelbagai bidang seperti sains, teknologi, komunikasi, matematik dan sebagainya yang terletak dalam ruang lingkup pendidikan.
Bersifat teknikal.
Dalam penulisan ilmiah, misalnya penulisan thesis, penulis perlu mengikut fornmati tertentu seperti perlu ada cattan bibiliografi (rujukan), nota kaki di bawah muka surat atau nota hujungan di penghujung setiap bab.
Menggunaka istilah-istilah yang khusus kepada bidang, dan biasanya perlu dihafal. Contohnya ialah fotosintesis, pecutan, mengawan, pendebungaan dan sebagainya.
Laras Bahasa Undang-Undang
Tiada gambar, graf, metafora, simili, peribahasa, kiasan dan sebagainya. mempunyai istilah sendiri seperti Argumantum ad baculum, habeas corpus dan sebagainya.
Laras bahasa media
Berita sebagai satu wacana mempunyais truktur teks yang tersnediri, laind aripada struktur teks cereka, dan lain pula daripada struktur teks esei dan karya ilmiah.
Wartawan atau pengarang akhbar menggunakan bahasa untuk menjelaskan sesuatu menurut cara yang paling mudah diterima sesuai dengan selera sebilanganbesar pemvbaca akhbar.
Tiga ciri penting yang harus ada dalam berita akhbar yang baikialah, pertama, baasa yang digunakan mudah. kedua, gaya tulisan yang jelas danketuiga, isi tulisan mestilah tepat. Oleh sebab akhbar diterbitkan untuk orang ramai, maka bahasa akhbar haruslah sesuai dengan bahasa kegunaan orangr amai.
Ayat yang panjang, mengandungi beberapa klaausa, menggunakan petikan, metafora, kiasan, istilah teknik, dan sebagainya haruslah dielakkan.
Laras Bahasa Sastera
Memperlihatkan gaya bahasa yang menarik dan kreatif.
Bahasanya boleh dalam bentuk naratif, deskriptif, preskriptif, dramatik dan puitis.
Beberapa ciri bahasa sastera:
a kreatif dan imaginatif: kabur mesej
b. mementingkan penyusunan, pengulangan, pemilihan kata
c. puitis dan hidup,: monolog, dialog, bunga-bunga bahasadan sebagainya.
d. menggunakan bahas tersirat: perlambangan, kisan, perbandingan, peribahasa, metafora, simile, personifikasi, ilusi, ambiguiti dan sebagainya.
e. terdapat penyimpangan tatabahasa atau manipulasi bahasa.
Laras Bahasa Agama
Mengandungi istilah agama daripada bahasa Arab
Struktur ayatnya banyak dipengaruhi struktur bahasa Arab
Diselitkan dengan petikan daripada al-Quran dan hadis.
Kesimpulan:
Golongan
laras
|
Bidang
|
Situasi
|
Contoh
Bahan
|
Biasa
|
Hiburan
PengetahuanMaklumat Upacara/.Majlis |
Khalayak
Umum
|
Berita, laporan. iklan, surat peribadi
Ucapan syarahanAcara majlis umum Doa, khutbah |
Khusus
|
Doa-khutbah
TeknikalIlmiah |
Khalayak
Umum
|
Acara
majlis rasmi
Rencana,
ekonomi, undang-unang, fizik, kimia, dan lain-lain.Tesis, rencana matematik, biologi, Fizik, Kimiz, Lukisan Kejuruteraan dan sebagainya. |
PENDAPAT LAIN TENTANG LARAS BAHASA
Umumnya dapat diterangkan sebagai cara penggunaan sesuatu bahasa. Asmah Hj.Omar (1984), berpendapat
bahawa laras bahasa ialah khusus dalam penggunaan bahasa menurut bidang
penggunaannya.
Ciri-ciri Laras Bahasa Perniagaan
1.
Bidang
§
Biasanya
digunakan dalam dunia korporat, khususnya bidang
perusahaan, perindustrian, perakaunan, perbankan,
perniagaan dan
perdagangan.
§
Penggunaan
bahasa Melayu terpaksa bersaing dengan bahasa
Inggeris.
§
Penggunaan
laras bahasa perniagaan dalam bahasa Melayu amat
penting, khususnya dalam aspek komunikasi memandangkan
ekonomi negara menjelang abad ke-21 akan berasaskan perindustrian dan
perusahaan.
2.
Perbendaharaan Kata
§
Istilah
khusus (penanda laras),
antaranya:
agihan
jualan agensi pemasaran baki debit
anggaran
kos francais cek palang
harga
mutlak eksport saham
urus
niaga kredit komposit
§ Istilah umum: tetapi diberi pengertian khusus (merujuk bidang
ekonomi)
untung tempoh
hutang tunai
susut runcit
3.
Tatabahasa
§
Morfologi
(kajian terhadap perkataan)
Kata-kata
umum (kata tunggal) bahasa Melayu boleh menjadi kata-
kata
khusus (bidang perniagaan) apabila menjadi kata terbitan.
Contohnya:
Kata Umum Istilah
wang kewangan
ratus peratus
lebih lebihan
pasar pasaran
pegang pemegang
dagang dagangan
§
Akronim
Contohnya:
EPU – Unit Pembangunan Ekonomi
EON – Edaran Otomobil Nasional
BSN – Bank Simpanan Nasional
BSKL – Bursa Saham Kuala Lumpur
§
Kata
Majmuk
Contohnya:
kos jualan modal
tetap harta semasa
untung bersih lebih asset sebut
harga
§
Sintaksis
(kajian terhadap ayat)
Kebanyakan
ayat-ayat yang digunakan jenis ayat penyata, iaitu
ayat-ayat
yang memberi keterangan tentang sesuatu hal.
Contohnya:
Bank Simpanan Nasional (BSN) mencatatkan
prestasi di luar
jangkaan apabila mengaut keuntungan
sebelum cukai bagi
setengah tahun pertama, lebih RM70
juta dan mengatasi
keuntungan sebanyak RM 47.754 juta
bagi tahun lalu.
Menggunakan
ragam ayat yang seimbang, iaitu menggunakan ayat
aktif
dan ayat
pasif yang sama banyak dalam teks ekonomi.
Contohnya:
Ayat
Aktif
KDNK merupakan petunjuk ekonomi yang paling
penting
Ayat
Pasif
Kesan teus dirasai oleh pengeluar segmen
kereta yang
lebih mahal.
Kecenderungan
menggunakan ayat majmuk, iaitu ayat yang
mendukung
beberapa isi dalam satu ayat untuk menimbulkan
kelancaran
dan kesinambungan wacana.Contohnya:
Seandainya pemegang saham berjaya mengawal
pihak
pengurusan (sudah tentu
dengan kos yang tinggi), bagaimana
mereka memastikan bahawa
nilai sebenar syarikat tergambar
dalam pasaran saham agar
mereka tidak akan mengalami
sebarang kerugian apabila
menjual saham mereka.
Struktur
ayat juga jelas memperlihatkan pengaruh bahasa Inggeris,
khususnya
penggunaan ayat pemeri yang menggunakan
kopula
“adalah”
dan “ialah”
walaupun unsur ini tidak wajib
digunakan
dalam bahasa Melayu. Contohnya:
1.
Jualan runcit adalah dijangka akan meningkat.
2.
Paling ketara ialah pendaftaran baru bagi kereta.
Fungsi
kata pemeri tersebut untuk kejelasan dan pemahaman
ayat
dengan lebih mudah.
4.
Gaya Bahasa
§
Berbentuk
ilmiah, iaitu laras bahasa yang mengungkapkan ilmu.
§
Bersifat
formal dan mempunyai perkataan, istilah susunan frasa,
dan
ayat yang baik, sesuai dan tepat serta boleh menyampaikan
maksud
dan pengertian dengan berkesan.
§
Banyak
menggunakan jadual, graf dan carta, graf statistik dan
sebagainya.
mtk izin utk dibuat rujukan ya . terima ksih :)
ReplyDeleteTrima kasih. Amat membntu sy dlm membuat kerja kursus. Tp.. boleh sy tau nama penulis utk dijadikan sebgai bahan rujukan sy?
ReplyDeleteHow to get to Casino Bar and Grill in Carlsbad, Colorado
ReplyDeleteIf you've ever 세종특별자치 출장안마 eaten at a restaurant in Carlsbad or on a stateline in 서귀포 출장샵 a stateline, the “restaurants” 부천 출장마사지 menu 논산 출장안마 and “the food.” 서울특별 출장샵 “restaurants” in the bar and