Sunday, 14 February 2016

LARAS BAHASA

Apa Itu Laras Bahasa?

Hubungan antara bahasa dan masyarakat begitu erat dan tidak dapat dipisahkan. Semakin luas bahasa digunakan, semakin banyak pula penggunanya. Bahasa sebagai wahana komunikasi digunakan untuk memperkatakan bermacam-macam hal, aspek, bidang dan peristiwa.
Konsep laras atau register telah diperkatakan oleh seorang ahli linguistik barat bernama Reid pada tahun 1956.

Konsep dan Pengertian Laras
Laras bahasa ialah sesuatu variasi bahasa yang mempunyai ciri-ciri khusus dalam penggunaannya mengikut bidang.Secara umumnya,laras bahasa bermaksud gaya atau cara bahasa yang digunakan untuk menyampaikan maklumat, maksud dan tujuan sama ada secara lisan atau bertulis.
Apa kata tokoh-tokoh luar negara dan tempatan mengenai definisi laras bahasa?

  1. Ure dan Ellis telah menyatakan pada 1977 bahawa laras bahasa adalah sejenis pencorakan bahasa yang kerap kali digunakan dalam sesuatu situasi komunikatif
  2. Za’ba (1962) menerangkan laras ialah rupa susuk bahasa yang dipakai apabila bercakap atau mengarang, iaitu tentang perkataannya, ikatan ayatnya, jalan bahasanya, cara susunannya atau bentuk peribahasanya
  3. Halliday (1968) mendefinisikannya sebagi variasi bahasa berlainan berdasarkan fungsi atau dengan kata yang lebih mudah laras berubah mengikut situasi. Beliau mendasarkan perbezaan laras yang digunakan kepada dua faktor, iaitu pengguna dan penggunaan. Variasi bahasa yang timbul yang berkaitan dengan penggunanya, iaitu yang melibatkan tempat asal seseorang ialah dialek dan variasi bahasa yang berkaitan dengan penggunaannya, iaitu yang berlainan mengikut kumpulan sosial yang menggunakannya ialah register atau laras
  4. Naomi S. Baron (1979) mentakrifkan laras sebagai variasi linguistik (linguistic variation) yang ditentukan oleh keadaan sosial yang wujud pada ketika tertentu
  5. Dwight Bolinger (1981) dan rakannya mendefinisikan laras sebagai bentuk atau variasi bahasa yang digunakan dalam peristiwa berkomunikasi dan mereka menambah, laras dengan bentuk bahasa yang digunakan dalam ucapan umum seperti yang digunakan oleh seseorang pemidato saling berkaitan
  6. D.A. Wilkins (1982) mentakrifkan laras sebagai satu gaya bahasa yang berhubung kait dengan pekerjaan
  7. Nik Safiah Karim (1982) bersependapat dengan Halliday kerana setiap anggota masyarakat akan menggunakan beberapa laras yang berbeza mengikut keperluannya
  8. Brian Seaton (1982) mengeluarkan pendapat bahawa laras ialah satu variasi bahasa yang wujud daripada situasi yang berlainan seperti umur, jantina dan tajuk percakapan
  9. Asmah (1987) pula menyatakan ciri-ciri khusus dalam penggunaan bahasa menurut bidang penggunaannya
  10. Abdullah Hassan (1989) menyebut pemakaian kata-kata tertentu yang sesuai dengan konteksnya itu, adalah sesuatu yang dikatakan laras bahasa
  11. Raminah Hj. Sabran (1989) menjelaskan setiap bahsa mempunyai beberapa laras yang tersendiri yang digunakan dalam situas atau konteks yang berbeza

Dikaitkan dengan kesesuaian dengan bidang dan situasi bahasa atau konteks pengucapan.
Laras bahasa boleh ditakrifkan sebagai ciri-ciri khusus penggunaan bahasa mengikut bidangs esuatu wacana digunakan.
Contohnya, laras bahasa doa, khutbah dan upacara.

Laras dipengaruhi oleh latar, penutur, peserta dan tujuan.
Laras juga dipengaruhi oleh tatabahasa.
Conoth: Ayat aktif dan ayat pasif, ayat bias dan ayat songsang, dan panjang pendek ayat akan menghasilkan laras yang berbeza.
Terdapat tokoh bahasa yang membahagikan laras kepada beberapa bahagian lagi.
Misalnya Halliday melihat laras daripada tiga dimensi, iitu tajuk wacana, cara penyampaian, dan gaya penyampaian.
Tiga Dimensi Laras (Halliday)
Tajuk wacana
merujuk kepada bidang yang diperkatakan seperti biologi, perubatan, sukan, pendidikan, matematik dan sebagainya.
Bidang-bidang ini menentukan kosa kata dan istilah serta jenis ayat dan ragam ayat yang digunakan.
JIka wacana merupaan wacana ilmiah, maka ragam ayat pasif banyak digunakan untuk memberikn fokus kepada perkara yang dibincangkan.
Sebaliknya, jika wacana merupakan ulasan selari perlawanan bola sepak , rragam ayat aktif dengan ayat tunggal yang pendek-pendek banyak digunakan supaya sesuai dengan tempo perlawanan bola sepak berkenaan.

Cara penyampaian
Sama ada wacana berkenaan disampaiakan secara lisan atau tulisan.
Jika lisan, sama ada ia merupakan wacana syarahan atau ucapan, perbahasan dan khutbah atau doa?
JIka tulisan sama ada ia esei, laporan, surat rasmi atau surat peribadi, memorandum atau iklan?
Gaya penyampaian
mengimbangi sama ada suatu ucapan berkenaan disampaikan dalam situasi formal atau tak formal.
Misalnya, ucapan, adakah ucapan itu disampaiakn dalam majlis yang formal yang dihadiri oleh orang-orang kenamaan atau dif-dif?

Jenis dan Ciri Laras Bahasa
Laras bahasa dapat digolongkan kepada dua golongan besar, iaitu laras biasa dan laras khusus.
Laras biasa ialah laras khusus yang digunakan untuk masyarakat umum seperti bidang hiburan (laporan sukan, berita sukan), pengetahuan dan peneranagn (syarahan, rencana), maklumat dan pemujukan (rencana, iklan).
Laras khusus pula merujuk kepada kegunaan untuk khalayak khusus seperti ahli-ahli atau peminat dalam bidang tertentu dan pelajar-pelajar (rencana, laporan, buku).
Pembeza utama yang membezakan antara laras biasa dengan laras khsus ialah:
kosa kata
tatabahasa
gaya


Laras Bahasa  Biasa
Tidak melibatkan bidang tertentu, mudah difahami, tiada istilah teknikal, kurang kata pinjaman.)
Laras biasa ialah laras bahasa yang yang digunakan unuk khalayak umum tentang pelbagai bidang seperti bidang hiburan (laporan sukan, berita sukan), pengetahuand an penerangan (syarahan, encana) dan maklumat dan pemujukan (rencana, iklan).
Gayat ayat sederahana, ringkas dan padat.
Struktur ayat mudah, contohny: Di larang memijak rumput.
Laras bahasa biasa terbahagi kepada formal dan tak formal.
Laras Bahasa Biasa
Formal/Rasmi
Tak Formal
Digunakan dalam majlis rasmi, surat kiriman dan sebagainya.
Berlaku proses pengguguran dalam ayat-ayat yang diucapkan sama ada pengguguran subjek, predikat, objek.
.
Laras Bahasa Perniagaan
Mempengaruhi penguna untuk membentuk tanggapan tertentu , atau mengubah sikap dan melakukan tindkan.
Digunakan dalam iklan, tender, laporan dan sebagainya , disokong pula oleh gambar, lukisan, grafik, ilustrasi dansebagainya.
Iklan dapat dihasilkan dengan beberapa cara seperti berikut:
(a) slogan: Kami Ada Cara
(b) Kaedah Pernyataan: Rumah Untuk Dijual/Disewa
(c) Perkaitan Konsep: Artis X dengan Tilam Jenama Y
(D) Perisytihran: Waja dengan Aksesori Lengkap
(e) Kaedah Umpan: Beli Satu, Percuma Satu
(f) Mesra: Keutamaan Kami Adalah Pelanggan.
(g) Bandingan: Bateri X Lebih Berkuasa dan Tahan Lama
(h) Gesaan: Cepat! Cepat! Datanglah Beramai-ramai
(i) Pertanyaan: Sakit Pinggang? Sapulah Dengan Minyak Angin Z.

Laras Bahasa Akademik
Meliputi pelbagai bidang seperti sains, teknologi, komunikasi, matematik dan sebagainya yang terletak dalam ruang lingkup pendidikan.
Bersifat teknikal.
Dalam penulisan ilmiah, misalnya penulisan thesis, penulis perlu mengikut fornmati tertentu seperti perlu ada cattan bibiliografi (rujukan), nota kaki di bawah muka surat atau nota hujungan di penghujung setiap bab.
Menggunaka istilah-istilah yang khusus kepada bidang, dan biasanya perlu dihafal. Contohnya ialah fotosintesis, pecutan, mengawan, pendebungaan dan sebagainya.

Laras Bahasa Undang-Undang
Tiada gambar, graf, metafora, simili, peribahasa, kiasan dan sebagainya. mempunyai istilah sendiri seperti Argumantum ad baculum, habeas corpus dan sebagainya.

Laras bahasa media
Berita sebagai satu wacana mempunyais truktur teks yang tersnediri, laind aripada struktur teks cereka, dan lain pula daripada struktur teks esei dan karya ilmiah.
Wartawan atau pengarang akhbar menggunakan bahasa untuk menjelaskan sesuatu menurut cara yang paling mudah diterima sesuai dengan selera sebilanganbesar pemvbaca akhbar.
Tiga ciri penting yang harus ada dalam berita akhbar yang baikialah, pertama, baasa yang digunakan mudah. kedua, gaya tulisan yang jelas danketuiga, isi tulisan mestilah tepat. Oleh sebab akhbar diterbitkan untuk orang ramai, maka bahasa akhbar haruslah sesuai dengan bahasa kegunaan orangr amai.
Ayat yang panjang, mengandungi beberapa klaausa, menggunakan petikan, metafora, kiasan, istilah teknik, dan sebagainya haruslah dielakkan.

Laras Bahasa Sastera
Memperlihatkan gaya bahasa yang menarik dan kreatif.
Bahasanya boleh dalam bentuk naratif, deskriptif, preskriptif, dramatik dan puitis.
Beberapa ciri bahasa sastera:
a kreatif dan imaginatif: kabur mesej
b. mementingkan penyusunan, pengulangan, pemilihan kata
c. puitis dan hidup,: monolog, dialog, bunga-bunga bahasadan sebagainya.
d. menggunakan bahas tersirat: perlambangan, kisan, perbandingan, peribahasa, metafora, simile, personifikasi, ilusi, ambiguiti dan sebagainya.
e. terdapat penyimpangan tatabahasa atau manipulasi bahasa.

Laras Bahasa Agama
Mengandungi istilah agama daripada bahasa Arab
Struktur ayatnya banyak dipengaruhi struktur bahasa Arab
Diselitkan dengan petikan daripada al-Quran dan hadis.

Kesimpulan:

Golongan laras
Bidang
Situasi
Contoh Bahan
Biasa
Hiburan
Pengetahuan
Maklumat
Upacara/.Majlis
Khalayak Umum
Berita, laporan. iklan, surat peribadi
Ucapan syarahan
Acara majlis umum
Doa, khutbah
Khusus
Doa-khutbah
Teknikal
Ilmiah
Khalayak Umum
Acara majlis rasmi
Rencana, ekonomi, undang-unang, fizik, kimia, dan lain-lain.
Tesis, rencana matematik, biologi, Fizik, Kimiz, Lukisan Kejuruteraan dan sebagainya.




PENDAPAT LAIN TENTANG LARAS BAHASA
Umumnya dapat diterangkan sebagai cara penggunaan sesuatu bahasa. Asmah Hj.Omar (1984), berpendapat bahawa laras bahasa ialah khusus dalam penggunaan bahasa menurut bidang penggunaannya.

Ciri-ciri Laras Bahasa Perniagaan

1.           Bidang

§           Biasanya digunakan dalam dunia korporat, khususnya bidang
perusahaan, perindustrian, perakaunan, perbankan, perniagaan dan
perdagangan.
§           Penggunaan bahasa Melayu terpaksa bersaing dengan bahasa
     Inggeris.
§           Penggunaan laras bahasa perniagaan dalam bahasa Melayu amat
penting, khususnya dalam aspek komunikasi memandangkan ekonomi negara menjelang abad ke-21 akan berasaskan perindustrian dan perusahaan.



2.           Perbendaharaan Kata

§           Istilah khusus (penanda laras), antaranya:
agihan jualan       agensi pemasaran          baki debit
anggaran kos       francais                          cek palang
harga mutlak        eksport                           saham
urus niaga            kredit                              komposit

§     Istilah umum: tetapi diberi pengertian khusus (merujuk bidang
     ekonomi)
          untung                  tempoh hutang               tunai
          susut                     runcit

3.           Tatabahasa

§           Morfologi (kajian terhadap perkataan)
     Kata-kata umum (kata tunggal) bahasa Melayu boleh menjadi kata-
     kata khusus (bidang perniagaan) apabila menjadi kata terbitan.
     Contohnya:
                   Kata Umum                           Istilah
                   wang                                       kewangan
                   ratus                                        peratus
                   lebih                                        lebihan
                   pasar                                       pasaran
                   pegang                                    pemegang
                   dagang                                    dagangan

§           Akronim
       Contohnya:
                      EPU – Unit Pembangunan Ekonomi
                      EON – Edaran Otomobil Nasional
                      BSN – Bank Simpanan Nasional
                      BSKL – Bursa Saham Kuala Lumpur

§           Kata Majmuk
       Contohnya:
            kos jualan             modal tetap          harta semasa
            untung bersih       lebih asset             sebut harga

§           Sintaksis (kajian terhadap ayat)
       Kebanyakan ayat-ayat yang digunakan jenis ayat penyata, iaitu
       ayat-ayat yang memberi keterangan tentang sesuatu hal.
       Contohnya:
            Bank Simpanan Nasional (BSN) mencatatkan prestasi di luar
            jangkaan apabila mengaut keuntungan sebelum cukai bagi
            setengah tahun pertama, lebih RM70 juta dan mengatasi
            keuntungan sebanyak RM 47.754 juta bagi tahun lalu.

              Menggunakan ragam ayat yang seimbang, iaitu menggunakan ayat
              aktif dan ayat pasif yang sama banyak dalam teks ekonomi.
              Contohnya:
                   Ayat Aktif
                             KDNK merupakan petunjuk ekonomi yang paling
                             penting
                   Ayat Pasif
                             Kesan teus dirasai oleh pengeluar segmen kereta yang
                             lebih mahal.

              Kecenderungan menggunakan ayat majmuk, iaitu ayat yang
              mendukung beberapa isi dalam satu ayat untuk menimbulkan
              kelancaran dan kesinambungan wacana.Contohnya:
                   Seandainya pemegang saham berjaya mengawal pihak
                   pengurusan (sudah tentu dengan kos yang tinggi), bagaimana
                   mereka memastikan bahawa nilai sebenar syarikat tergambar
                   dalam pasaran saham agar mereka tidak akan mengalami
                   sebarang kerugian apabila menjual saham mereka.

              Struktur ayat juga jelas memperlihatkan pengaruh bahasa Inggeris,
              khususnya penggunaan ayat pemeri yang menggunakan
              kopula adalah dan ialah walaupun unsur ini tidak wajib
              digunakan dalam bahasa Melayu. Contohnya:
1.           Jualan runcit adalah dijangka akan meningkat.
2.           Paling ketara ialah pendaftaran baru bagi kereta.
          Fungsi kata pemeri tersebut untuk kejelasan dan pemahaman
          ayat dengan lebih mudah.



4.           Gaya Bahasa

§           Berbentuk ilmiah, iaitu laras bahasa yang mengungkapkan ilmu.
§           Bersifat formal dan mempunyai perkataan, istilah susunan frasa,
       dan ayat yang baik, sesuai dan tepat serta boleh menyampaikan
       maksud dan pengertian dengan berkesan.
§           Banyak menggunakan jadual, graf dan carta, graf statistik dan
       sebagainya.

3 comments:

  1. mtk izin utk dibuat rujukan ya . terima ksih :)

    ReplyDelete
  2. Trima kasih. Amat membntu sy dlm membuat kerja kursus. Tp.. boleh sy tau nama penulis utk dijadikan sebgai bahan rujukan sy?

    ReplyDelete
  3. How to get to Casino Bar and Grill in Carlsbad, Colorado
    If you've ever 세종특별자치 출장안마 eaten at a restaurant in Carlsbad or on a stateline in 서귀포 출장샵 a stateline, the “restaurants” 부천 출장마사지 menu 논산 출장안마 and “the food.” 서울특별 출장샵 “restaurants” in the bar and

    ReplyDelete